PEKAN, September 2019 - Satu Karnival Sukan KBS Zon Timur telah berlangsung di IKBN Wakaf Tapai pada 13-14 September baru-baru ini. Sebanyak 11 penyertaan yang terdiri daripada JBS Pahang, JBS Terenggganu, JBS Kelantan, IKBN Pekan, IKTBN Temerloh, IKBN Kemasik, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Bachok, IKBN Tanah Merah dan I-Llead.
Para atlet terpilih yang mewakili Jabatan masing-masing telah memberi saingan yang hebat dalam acara yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak 9s, Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton, Dam Aji, E-Sport, Tarik Tali dan sebagainya.
Karnival Sukan ini secara tidak langsung menyuburkan budaya bersukan dalam kalangan pegawai ke arah mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus menjalin interaksi sosial antara pegawai dan mengukuh kerjasama antara jabatan. Ianya jua dapat memupuk hubungan silaturrahim dan mewujudkan perpaduan sesama pegawai KBS yang menyertai.