IKBN



PEKAN

 
IKBN Pekan

IKBN Pekan (177)

KARNIVAL SUKAN PEGAWAI & KAKITANGAN IKBN PEKAN 2016

Written by
KARNIVAL SUKAN PEGAWAI & KAKITANGAN IKBN PEKAN 2016
 
 
PEKAN, 21 - 22 April 2016 - KARNIVAL Sukan Kakitangan/Pegawai IKBN Pekan 2016 buat pertama kalinya, bertempat di padang dan dewan IKBN Pekan.Karnival sukan ini dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Pekan.Semua kakitangan dan pegawai IKBN Pekan berjumlah 62 orang terlibat dalam karnival sukan ini.
 
Kakitangan dan pegawai dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau serta Dato' Lela. Empat acara sukan telah dipertandingkan antaranya pertandingan bola tampar, futsal, badminton berpasukan dan ping pong berpasukan. Konsep penganjuran karnival sukan kali ini adalah setiap pasukan atau kumpulan perlu menjadi pengelola/urusetia bagi setiap pertandingan yang berlansung. Karnival sukan ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan pegawai antara satu sama lain serta sebagai persediaan Sukan Muhibbah yang akan diadakan di IKBN Kemasik. Selain itu juga, program seperti ini memberi semangat kesukanan yang tinggi dan memupuk nilai-nilai setiakawan di dalam diri kakitangan dan pegawai khususnya.
 
Karnival sukan ini berakhir dengan pertadingan ping pong berpasukan. Kumpulan Mat kilau menjadi johan keseluruhan bagi Karnival Sukan Kakitangan/Pegawai IKBN Pekan kali ini. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Mat kilau diatas kejayaan berpasukan. Semoga karnival sukan ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Majulah sukan untuk IKBN Pekan.

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 Oleh
Cik NurKhalilah BT Mohamad Othman
 (Guru Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Umum IKBN Pekan)
 
 
Disunting
C W Nor Fasnillah Binti C W Muhamud
(Jawatankuasa Portal IKBN Pekan)
 
 
 
 

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN & NASYID PERINGKAT (ILKBS) SE-MALAYSIA

Written by
PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN & NASYID PERINGKAT (ILKBS) SE-MALAYSIA
 
 
 
JITRA, 21 April 2016 - Satu Pertandingan Tilawah Al-Quran, Nasyid dan Hafazan peringkat Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) SeMalaysia telah diadakan dengan jayanya di IKTBN Jitra, Kedah pada 19 – 21 April 2016 baru-baru ini, dengan temanya ‘Akhlak Terpuji, Negara Disanjungi’. IKTBN Jitra telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah pada pertandingan kali ini. Pertandingan yang melibatkan kesemua 22 IKTNB/IKBN ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam kategori yang dipertandingkan. Pertandingan Hafazan (Lelaki dan Wanita) buat pertama kalinya turut dipertandingkan pada tahun ini. 
 

Kesemua acara yang dipertandingkan telah berlangsung secara serentak pada 20 April lalu di tiga lokasi berbeza iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran di Surau Mawaddah, Pertandingan Hafazan di Perpustakaan dan Pertandingan Nasyid di Dewan Ibnu Sina. Para peserta memberikan persembahan yang terbaik bagi memikat hati para juri seterusnya merebut gelaran Johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Majlis Perasmian Penutup telah berlangsung dengan gilang-gemilang di Dewan Ibnu Sina pada hari terakhir, 21 April lalu pada jam 10.00 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi Latihan Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), En. Badari Ag Damit, mewakili Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Lokman Hakim Ali.

 

 

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

 

NASYID
Johan : IKBN Alor Gajah
Naib Johan : IKBN Dusun Tua
Ketiga : IKBN Jitra

 

TILAWAH (LELAKI)
Johan : IKBN Pekan
Naib Johan : IKBN Kinarut
Ketiga : IKTBN Jitra

 

TILAWAH (WANITA)
Johan : IKBN Kuala Perlis
Naib Johan : IKBN Wakaf Tapi
Ketiga : IKTBN Jitra

 

HAFAZAN (LELAKI)
Johan : IKTBN Jitra
Naib Johan : IKTBN Bukit Mertajam
Ketiga : IKBN Kuala Perlis

 

HAFAZAN (WANITA)
Johan : IKTBN Jitra
Naib Johan : IKTBN Bukit Mertajam
Ketiga : IKBN Wakaf Tapai

 

 

 

Johan keseluruhan digalas oleh IKTBN Jitra. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua para pemenang dan juga para peserta yang terlibat. Kalah menang adat bertanding, semoga ianya menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepara para pelajar lain.

 
 
 
 Oleh
Cik NurKhalilah BT Mohamad Othman
 (Guru Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Umum IKBN Pekan)
 
 
Disunting
C W Nor Fasnillah Binti C W Muhamud
(Jawatankuasa Portal IKBN Pekan)
 
 
 
 

PROMOSI IKBN DI KEM PLKN SEMARAK PEKAN

Written by
PROMOSI IKBN DI KEM PLKN SEMARAK, TANJUNG GOSONG, PEKAN
 
 
 
PEKAN, 16 April 2016 - Satu pameran dan taklimat Promosi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah diadakan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Semarak, Tanjung Gosong, Pekan pada 16 April lalu, bertujuan untuk mempromosikan kemudahan dan kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN/IKBN seluruh Malaysia, terutamanya kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Pekan; Kursus Pemasangan Paip Gas, Kursus Penyelenggaraan Pesawat (Composite) dan Kursus Penyelenggaraan Pesawat (Sheet Metal). 
 

Seramai 3 orang pegawai IKBN Pekan iaitu Cik Nurkhalilah Atiqah, En. Norafizan dan En. Mohd Hafifi, telah ditugaskan membuat pameran dan menyampaikan maklumat mengenai kemudahan belajar di IKBN dan juga kursus-kursus yang ditawarkan kepada sejumlah 250 orang pelatih Kem PLKN Semarak, Tanjong Gosong ini. Para pelatih memberi respon yang cukup positif mengenai maklumat yang disampaikan dan kelihatan begitu bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke IKBN.

 

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua para pelatih serta para jurulatih Kem PLKN Semarak yang telah menerima kehadiran kami dan memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang program berlangsung.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Oleh
Cik NurKhalilah BT Mohamad Othman
 (Guru Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Umum IKBN Pekan)
 
 
Disunting
C W Nor Fasnillah Binti C W Muhamud
(Jawatankuasa Portal IKBN Pekan)
 
 
 

PROGRAM SENSE OUR SOUL (S.O.S) 1/2016

Written by
PROGRAM SENSE OUR SOUL (S.O.S) 1/2016
 
 
 
Buat pertama kalinya, Ahli Jawatankuasa Surau IKBN Pekan telah mengadakan Program Sense Our Soul (S.O.S) pada 19 Februari 2016. Program yang diadakan pada setiap hari Jumaat, bermula jam 12.15 tengahari hingga 1.45 petang ini adalah bertujuan untuk memberikan pengisian rohani kepada para pelajar wanita dan kakitangan wanita, selain mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
 
 
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah soft skills mereka dengan menjadi pengacara program tersebut dan berkongsi tazkirah ringkas. Program S.O.S pada minggu ini telah membincangkan tajuk ‘Di Mana Dia Di Hatiku’, iaitu berkisar tentang cinta kepada Rasulullah S.A.W. 
 
 
# Berita disunting dan dihantar oleh Cik Nurkhalilah Atiqah binti Mohd Othman (Guru Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Umum IKBN Pekan)
 
 
 

KULIAH MAGHRIB BERTAJUK PERANAN BELIA DALAM MASYARAKAT

Written by
KULIAH MAGHRIB BERTAJUK PERANAN BELIA DALAM MASYARAKAT
 
suraufeb001
 
Satu kuliah Maghrib  yang bertajuk Peranan Belia Dalam Masyarakat  telah diadakan di Surau Ar-Raudhah IKBN Pekan pada 25hb Febuari 2016 (Khamis) bersamaan 16 Jamadilawal 1437 dan disampaikan oleh Ustaz Shamsul Bin Ismail dari Sekolah Pengkalan Tentera Kem Batu 10, Kuantan.
 
suraufeb002
 
Kuliah Maghrib ini telah dihadiri oleh para pelajar bersama kakitangan IKBN Pekan selaras dengan kehendak Tuan Pengarah IKBN Pekan untuk mengadakan program bagi pengisian pemantapan kerohanian dikalangan pelajar dan kakitangan. 
 
suraufeb003
 
Kuliah Maghrib tersebut telah berakhir pada jam 9.00 malam dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati oleh En. Rosdi Bin Hussin selaku Pengerusi Surau Ar Raudhah IKBN Pekan kepada penceramah jemputan. 
 
suraufeb004
 
# Berita disunting dan dihantar oleh En. Mohd Rizwan bin Abdul Rahim (Caw. Pengurusan & Kawalan Kualiti, IKBN Pekan)
 
 
 

KURSUS CIDB GREEN CARD KALI KE-2

Written by
CIDB001
 
Pada 21 dan 28 Februari 2016 (Ahad), IKBN Pekan telah menganjurkan satu kursus CIDB Green Card buat kali ke-2 bersama penceramah dari CIDB Kuantan iaitu En. Nawawi bin Muda. Dalam ceramah beliau, beliau telah menerangkan tentang akta-akta keselamatan didalam sektor pekerjaan khususnya melibatkan keselamatan didalam bengkel dan melindungi pekerja jika berlaku sebarang kecelakaan didalam pekerjaan. Secara automatik melindungi pemegang kad dengan skim insurans khas yang menginsuranskan personel binaan terhadap kematian dan kemalangan. Ia adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi personel binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. 
 
CIDB002
 
Program ini telah disertai seramai 80 orang pelajar untuk 2 sesi iaitu 40 orang bagi sesi pertama (21 feb 2016) dan 40 orang bagi sesi kedua (28 feb 2016). Program ini telah dilangsungkan buat kali ke-2 oleh IKBN Pekan untuk menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat, memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Pembinaan serta memaklumkan pekerja binaan mengenai keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan. 
 
 
# Berita disunting dan dihantar oleh En. Abdul Rahim bin Abdul Rashid (Fabrikasi Logam, Jabatan Mekanikal IKBN Pekan)
 
 
 

LAWATAN PENANDAARASAN JABATAN PENYELENGGARAAN PESAWAT DAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)/ LEAN KE COMPOSITES TECHNOLOGY RESEARCH MALAYSIA(CTRM) SDN. BHD

Written by

Pada 6 Mei 2015, satu lawatan telah diadakan ke Composites Techology Research Malaysia Sdn Bhd, Melaka. CTRM adalah sebuah syarikat tempatan yang membuat struktur aerokomposit untuk pembuat pesawat utama dunia.

LAWATAN KE PAMERAN METALTECH

Written by

Pada 20 Mei 2015, Rabu satu lawatan ke Pameran Metaltech telah diadakan PWTC. Seramai lebih kurang 40 orang pelajar jurusan PPG IKBN Pekan termasuk pengajar telah terlibat di dalam lawatan ini. Pameran Metaltech merupakan pameran tahunan alatan pemesenan, kerja logam dan pembuatan barangan logam. Pameran ini telah menarik kira-kira 25,000 pedagang profesional dari 50 negara.

KARNIVAL SUKAN MUHIBBAH KAKITANGAN IKBN ZON TIMUR 2015

Written by

Bertempat di IKBN Wakaf Tapai seramai lebih kurang 32 orang staf daripada IKBN Pekan telah menyertai Karnival Sukan Muhibbah Kakitangan IKBN Zon Timur 2015.

Halaman 13 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us