IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 19 August 2016 02:02

KARNIVAL SUKAN RAKYAT IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani binti Ahmad Mohamad
KARNIVAL SUKAN RAKYAT IKBN BANDAR PENAWAR 2016


Bandar Penawar, 14 - 17 Ogos 2016 – Satu Program Karnival Sukan Rakyat IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan baru-baru ini bagi memupuk budaya sukan dan menerapkan gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Pada masa yang sama program ini memberikan peluang kepada pelajar IKBN Bandar Penawar untuk melibatkan diri dalam sukan rakyat yang mana matlamatnya lebih kepada sikap kerjasama dan keterbukaan dikalangan pelajar.


Pelaksanaan program ini memfokuskan kepada penyertaan secara terbuka dikalangan pelajar untuk bertanding dalam 11 jenis acara sukan iaitu bola jaring lelaki, futsal wanita, takraw lelaki, takraw wanita, roundess, badminton ping pong, baling selipar, bowling botol, galah panjang, carom dan dart.


Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Shripah Aisyah binti Wan Ibrahim, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 2/2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 796 times
 
Find us on Facebook
Follow Us