IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 16 August 2016 01:46

KEBAIKAN MENDERMA DARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

KEBAIKAN MENDERMA DARAH

BANDAR PENAWAR, 15 OGOS 2016 – Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Kempen Derma Darah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang di Dewan Besar IKBN Bandar Penawar.

 

Kempen derma darah ini diketuai oleh pegawai perubatan Dr. Hazimah. Kempen ini diadakan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN serta pekerja kontraktor pembersihan. Selain itu, terdapat juga orang perseorangan dari pejabat/agensi dan pelajar kolej berdekatan menjayakan kempen ini.

 

Menurut Dr. Hazimah, darah yang diderma dapat menyelamatkan nyawa, membantu pesakit yang memerlukan darah seperti mangsa kemalangan, pesakit thalassemia, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya.

 

Terdapat beberapa kebaikan kepada mereka yang menderma darah. Antaranya ialah penderma boleh mengetahui jenis darah mereka, tahap tekanan darah dan kandungan hemoglobin. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat kerana darah yang baru dan segar akan dihasilkan. Menurut Dr. Hazmah lagi, bagi memastikan darah yang diderma selamat digunakan, darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis.

 

Oleh :
Lim Chow Kiat ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Read 1549 times Last modified on Isnin, 22 August 2016 01:54
 
Find us on Facebook
Follow Us