IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 20 August 2018 16:24

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32

Written by
Rate this item
(0 votes)

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32

Pekan, Pahang. 17-19 Ogos 2018 – Kejohanan Sukan ILKBS kali ke 32 edisi 2018 kali ini di anjurkan oleh IKBN Pekan menjadi Kejohanan Sukan ILKBS yang terakhir di bawah Kementerian Belia Dan Sukan. Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-32 Tahun 2018 telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

 

Kejohanan Sukan yang menjadi satu tradisi untuk semua ILKBS berlangsung selama 3 hari 2 malam yang melibatkan penyertaan sebanyak 22 buah ILKBS di dalam empat (4) acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, takraw dan ping pong. Seramai 33 orang peserta dan 5 orang jurulatih daripada IKBN Bandar Penawar telah mengambil bahagian.

 

Objektif Kejohanan Sukan ILKBS ini adalah untuk menjadikan sukan sebagai salah satu budaya hidup dan daya tarikan kepada para pelajar untuk isi masa lapang dan hindar diri daripada gejala yang tidak sihat. Tambahan lagi adalah untuk mengeratkan perpaduan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui penyertaan yang bermuafakat.

 

Pada Kejohanan sukan kali ini, IKBN Bandar Penawar tidak dapat membawa pulang pingat akan tetapi para peserta kami memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan ILKBS untuk edisi 2018 di Juarai oleh IKTBN Alor Gajah yang mempertahankan kemenangan keseluruhan pada tahun lepas.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi
Foto : Encik Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi

Read 846 times Last modified on Khamis, 13 September 2018 16:29