IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 31 October 2017 10:05

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-31 TAHUN 2017

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-31 TAHUN 2017


Bandar Penawar, 31 Oktober 2017 – IKBN Bandar Penawar telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Acara Sukan ILKBS Ke-31 bagi tahun 2017. Acara telah berlangsung dari 29 Oktober sehingga 31 Oktober 2017 di IKBN Bandar Penawar. Setiap agensi menghantar seramai 22 orang peserta bagi mewakili agensi masing-masing bagi acara Tenpin Bowling, Badminton dan Futsal. Acara dimulakan dengan taklimat kepada ketua-ketua kontijen yang diadakan pada 29 Oktober 2017 bagi memastikan program berjalan lancar.


Tempat pertama bagi acara Tenpin Bowling lelaki dimenangi oleh IKBN Bandar Penawar, manakala tempat kedua dimenangi oleh IKTBN Chembong dan tempat ketiga dimenangi oleh IKTBN Alor Gajah. Jatuhan pin tertinggi lelaki dimenangi oleh IKBN Bandar Penawar Muhammad Haqimi Bin Mahat dengan 494 Pin. Manakala Tenpin Bowling Wanita tempat pertama dimenangi oleh IKTBN Alor Gajah, manakala tempat kedua dimenangi oleh IKBN Kuala Perlis dan tempat ketiga dimenangi oleh IKBN Bandar Penawar. Jatuhan pin tertinggi wanita dimenagi oleh peserta dari IKTBN Alor Gajah Qahirah Binti Ismail dengan 410 Pin.


Acara Badminton Berpasukan Campuran Pingat Emas dimenangi oleh IKTBN Alor Gajah, Pingat Perak dimenangi oleh IKBN Wakaf Tapai manakala Pingat Gangsa dimenangi oleh IKBN Kinarut. IKBN Jitra menempah tempat pertama bagi acara Futsal dan tempat kedua dimenangi oleh IKTBN Alor Gajah dan tempat ketiga dimenangi oleh IKBN Pekan. Secara keseluruhannya, Kontinjen IKBN Bandar Penawar, telah berjaya menunjukkan semangat juang dan prestasi yang tinggi sehingga mampu menduduki tempat kedua kesuluruhan di belakang Kontinjen IKTBN Alor Gajah yang berjaya menjadi Juara Keseluruhan.


Telah diadakan juga acara Tenpin Bowling Pegawai bagi memeriahkan lagi acara Sukan ILKBS ke-31. Encik Suhaimi dan Encik Arfizan dari IKBN Wakaf Tapai telah menjadi Johan acara tersebut. Naib Johan dimenangi oleh Puan Norafizah dan Encik Mohd Shes dari IKTBN Chembong, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Mohd Zalizam Bin Hussain dan Encik Zulkifli Bin Asa’ari dari IKBN Sepang.


Tahniah diucapkan kepada Kontinjen IKBN Bandar Penawar pada edisi kali ini yang telah menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada YBrs Tuan Hj. Mohd Saleh bin Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar sebagai individu yang menjadi tulang belakang dan watak penting di sebalik kejayaan penganjuran Kejohanan Sukan ILKBS kali-31. Istimewanya IKBN Bandar Penawar buat julung kalinya telah diberi penghormatan untuk menganjurkan sebuah Kejohanan Sukan yang diiktiraf sebagai yang paling utama untuk disertai oleh sebanyak dua puluh dua (22) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan.  

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 1068 times Last modified on Isnin, 06 November 2017 17:33
 
Find us on Facebook
Follow Us