IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 27 October 2016 10:49

Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia Kali ke-30 Tahun 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudara Mohd Fariszuan bin Ramli
KEJOHANAN SUKAN ILKBS SE-MALAYSIA KALI KE-30 TAHUN 2016

Bandar Penawar, 27 Oktober 2016 – Satu kontinjen seramai 40 orang (34 orang pelajar dan 6 orang pegawai) dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menyertai Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke-30 Tahun 2016 yang diadakan baru-baru ini pada 17 hingga 19 Oktober 2016 bertempat di IKBN Naka, Kedah.


Pada kejohanan ini, IKBN Bandar Penawar telah menghantar penyertaan untuk kesemua acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak lelaki, bola jaring wanita, sepak takraw serta badminton campuran. Berbanding penyertaan-penyertaan sebelum ini, pasukan bola jaring wanita telah memperolehi pencapaian yang memberangsangkan apabila julung kalinya menjadi pasukan pertama dari IKBN Bandar Penawar yang layak hingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas di tangan pasukan IKBN Alor Gajah yang merupakan juara bertahan dan berjaya mempertahankan status mereka pada edisi kali ini. Majlis Perasmian Penutup Kejohanan telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Tahniah diucapkan kepada Kontinjen IKBN Bandar Penawar pada edisi kali ini yang telah diketuai oleh Encik Lim Chow Kiat (Timb. Pengarah HEP IKBN Bandar Penawar) selaku Ketua Kontinjen di atas pencapaian mereka dan semoga ilmu dan pengalaman kali ini akan digunakan sepenuhnya dalam pertandingan seumpamanya dimasa akan datang. Turut diucapkan setinggi terima kasih kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam kejohanan ini.

Read 1026 times Last modified on Ahad, 13 November 2016 10:53
 
Find us on Facebook
Follow Us