IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 13 March 2017 10:14

KELAS LAWN BOWLS

Written by
Rate this item
(0 votes)

KELAS LAWN BOWLS
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Bandar Penawar, 13 Mac 2017 – Seramai 31 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah menyertai sesi kelas dan latihan bowling padang yang dikategorikan sebagai sukan rekreasi di bawah Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Program ini merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Operasi ARPRM IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama jurulatih pakar dan atlit-atlit pelapis daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar.


Sesi yang diadakan buat kali kedua ini ialah lanjutan daripada sesi pertama dahulu yang telah diadakan pada 4 Mac 2017 bertempat di venue yang sama iaitu Padang Latihan Boling Padang, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Objektif program latihan dan kelas mengenai bowling padang ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar untuk merasai sendiri tentang cara untuk bermain dalam sukan-sukan yang mana fasilitinya adalah terhad namun cukup popular dikalangan penggiat sukan tempatan.


Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail yang sudi untuk mencurahkan ilmu kepada para peserta pada sesi kali ini. Adalah menjadi harapan agar sesi-sesi seterusnya dapat digunakan dengan sebaiknya oleh para pelajar IKBN Bandar Penawar untuk menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman, disamping menjadikan ia sebagai nilai tambah kepada kemahiran bersukan.

Read 1463 times
 
Find us on Facebook
Follow Us