Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 May 2017 14:23

KEMPEN DERMA DARAH

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 24 MEI 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar baru-baru ini telah mengadakan kempen menderma darah sebagai sebahagian daripada komitmen sokongan untuk masyarakat  dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada 23 Mei 2017.

 

Seramai 30 penderma sukarela diperolehi dalam kempen menderma darah ini dan setiap penderma juga berpeluang berbincang mengenai keadaan kesihatan mereka semasa pendaftaran.

Sampel darah juga diambil untuk menentukan peserta yang kelayakan manakala penderma yang tidak memenuhi kriteria umum untuk menderma darah dibatalkan.

Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara. Kempen derma darah ini sememangnya satu kejayaan besar dan ia memberikan mereka peluang untuk mendidik orang ramai serta untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya darah yang didermakan terutamanya dalam membantu dalam menyelamatkan nyawa seseorang

Read 7899 times
 
Find us on Facebook
Follow Us