IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 29 October 2017 14:08

KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB) MENINJAU PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31

Written by
Rate this item
(0 votes)

KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB) MENINJAU PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31


Bandar Penawar, 29 Oktober 2017 – YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, BPKB, Kementerian Belia dan Sukan sudi untuk meluangkan sedikit masa meninjau persiapan yang telah dilaksanakan oleh IKBN Bandar Penawar bagi Penganjuran Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 Tahun 2017.


Selain meninjau persiapan di IKBN Bandar Penawar beliau turut ke Pusat Bowling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) bersama Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Ghazali dan diiringi oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Pengetua Cemerlang sekolah tersebut melihat persiapan yang telah dilaksanakan. Beliau juga sempat membuat beberapa balingan dan beramah mesra dengan pegawai dan pelajar yang sedang membuat latihan.


Beliau juga ke Komplek Sukan Komuniti Bandar Penawar dan Stadium Kejora di mana pertandingan Futsal dan Badminton akan berlangsung.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 783 times Last modified on Isnin, 06 November 2017 14:39
 
Find us on Facebook
Follow Us