IKBN



KEMASIK

 
Ahad, 06 December 2020 18:00

Kunjungan deligasi Institut ke UiTM Dungun

Written by
Rate this item
(0 votes)

Dungun, 6 Disember 2020 – Tiga (3) orang wakil dari IKBN Kemasik telah berkunjung ke UiTM Dungun bagi melihat kaedah konvokesyen secara temu janji yang pertama kali diadakan akibat pendamik Covid-19.

Dalam kunjungan tersebut pihak Institut telah mendapat banyak input dalam kaedah pelaksanaan konvokesyen yang dilaksanakan mengikut SOP kesihatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Hadir ke majlis tersebut adalah TP HEP En. Mohd Hafeez Hussein, KB Hospitaliti En. Dzulhafiz Mad Norizan dan Pn. Ida Fatihah Harun mewakili Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Kemasik. Dari pihak Institut, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Mazidah Puteh, Rektor UiTM Dungun, Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman, Timbalan Rektor UiTM Dungun dan En. Arma Mohd Faizal bin Abu Bakar, Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Dungun di atas kesudian menerima kunjungan deligasi Institut.

 

 
 
 
Gambar oleh : MOHD HAFEEZ HUSSEIN
  : PEG. LATIHAN S44
Read 128 times Last modified on Ahad, 13 December 2020 10:13