Print this page
Rabu, 02 October 2019 14:56

Innovation Development Through Education Activities 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

Innovation Development Through Education Activities 2019

Bandar Penawar, 2 Oktober 2019 - Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah menghantar peserta untuk menyertai pertandingan Innovation Development Through Education Activities di IKBN Seri Iskandar Perak pada 28 hingga 29 September 2019.

 

Dua produk inovasi ciptaan pelajar telah dipertandingan di bawah bidang makanan dengan nama produk Sambal Garing Kambing dan C`coya Crumbs. Sambal garing kambing yang dihasilkan oleh saudari Nur Fardiyanah Binti Fairuz Bala, Saudara Nazrul Affendi Bin Mohamed dan Saudari Aina Diyana Binti Mohd Yusof serta tunjuk ajar dari Encik Mohamad Jamiluliqram bin Jamalussaid selaku penasihat projek telah dianugerahkan pingat gangsa .

 

Manakala,C'coya Crumbs yang dicipta oleh Saudara Mohamad Amirul Bin Azhar, Saudara Muhammad Naquib Bin Ab.Wahab dan Saudara Aidil Afiq Irwan Shah Bin Zul Patra serta bimbingan dari Encik Shah Rizan Bin Tamrim selaku penasihat projek telah dianugerahkan pingat perak.

 

Dengan adanya pertandingan seperti ini ianya dapat meningkatkan lagi kreativiti para pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 1522 times Last modified on Khamis, 07 November 2019 16:26
Find us on Facebook
Follow Us