Bandar Penawar, 7 Ogos 2016 – Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan Kursus asas ‘Art of Fruit & Vegetable Carving’. Seramai 14 orang peserta dari Bahagian Pentadbiran, Cawangan Peyelarasan Kualiti dan Cawangan Hubungan Industri telah meyertai kursus ini.
Chef Mohd Hisamudeen Bin Che Ahmad telah dibantu oleh Chef Shah Rizan Bin Tamrim menjadi pengajar bagi kursus ini. Pada awalnya peserta diajar cara-cara memegang dan mengawal pisau ukiran untuk mendapatkan ukiran yang cantik. Kemudian peserta diajar mengukir sayur-sayuran untuk hiasan asas dan dekorasi. Sebelah petang peserta diajar cara-cara praktikal ukiran buah tembikai (bunga dan daun).
Majlis penutup disempurnakan dengan acara mengambil gambar dengan hasil ukiran masing-masing. Kursus-kursus seperti ini dapat memberi sedikit sebanyak kemahiran asas dan gambaran awal ukiran buah dan sayur kepada mereka yang bukan dalam bidang ini. Terima kasih diucapkan Puan Nurlia Binti Mohd Rusli selaku Ketua Jabatan Hospitaliti yang telah merealisasikan kursus ini, tidak lupa juga kepada pengajar.