IKBN



KUALA LANGAT

 
Isnin, 29 March 2021 11:53

KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT

 

IKBN KUALA LANGAT, 12 Mac 2021 - Program ini dilaksanakan pada 8 Mac sehingga 12 Mac 2021 dengan dihadiri oleh 20 orang peserta. Intipati kursus ini adalah melibatkan pembelajaran secara praktikal sepenuhnya dan diajari oleh guru yang mahir berbahasa isyarat dan merupakan OKU pekak dan bisu.

 

OBJEKTIF :
1. Untuk memberi pendedahan kepada  pegawai dan pelajar tentang bagaimana berkomunikasi di dalam bahasa isyarat
2. Sebagai persediaan dan sokongan untuk menerima seorang pelajar daripada bidang video yang merupakan OKU pekak dan bisu iaitu Siti Fatimah
3. Sebagai persediaan institut untuk menerima pelajar yang mempunyai masalah yang sama di masa hadapan.

 

PENGAJAR :
1. En Mohamad Sazali bin Shaari – Pengarah Eksekutif Persekutuan Orang Pekak Malaysia
2. Puan Wan Zuraidah bt Abu – Ketua Unit Perkhidmatan Juru Bahasa Isyarat
3. Cik Nur Fatin binti Md Shahsazizan
4. Cik Nur Saadah bt Zulkefli
5. En Zainie bin Bujal
6. Puan Nurul Asyiqin bt Mohd Nasir
7. Puan Fatin Norishah bt Abdullah

 

FAEDAH KEPADA JABATAN :
Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada pegawai untuk sebagai persediaan untuk mengajar pelajar OKU pekak dan bisu pada masa akan datang. Pada masa hadapan IKBN Kuala Langat dapat membuka ruang dan peluang kepada golongan ini untuk melanjutkan pelajaran di IKBN Kuala Langat.

 

HARAPAN :
Semua peserta dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari pada masa akan datang dan IKBN Kuala Langat bercadang untuk mengadakan kursus Bahasa isyarat ini untuk kali kedua pada masa akan datang.
 

  

Disediakan Oleh : BASHIRUL BIN ISMAIL ( Ketua Cawangan Pengurusan dan Kawalan Kualiti )

 

 

 

Read 100 times