Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 May 2017 14:21

KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 MEI 2017 – Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada Juruteknik Komputer, Jabatan Pendidikan Daerah Perak Tengah telah mengikuti Kursus Penyelenggaraan Komputer di Makmal Server, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 23-24 Mei 2017. Kursus Penyelenggaraan Komputer ini adalah di bawah Program Kursus Jangka Pendek 2017 yang dikendalikan oleh Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti.

Aspek yang disampaikan oleh tenaga pengajar meliputi pengenalan kepada komponen asas komputer dan komponen pada papan induk, Memberikan pengetahuan tentang jenis dan fungsi komponen-komponen komputer.

Selain itu, memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang cara-cara membuka dan memasang semula komponen perkakasan komputer. Peserta kursus juga dapat mengenalpasti jenis-jenis kerosakan pada komputer dan melakukan pembaikan serta dapat mengetahui keperluan meningkatkan keupayaan sistem komputer.

Berdasarkan penilaian yang dibuat kursus ini amat berguna dan sesuai dijalankan bagi tujuan ‘refreshment course’ khususnya untuk Juruteknik Komputer dan pendedahan teknik asas penyelenggaraan komputer kepada staf sokongan secara amnya. Kursus ini amat menggalakkan dan mencapai sasaran dimana peserta kursus berupaya menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas komputer dengan berkesan dan betul

Read 4131 times
 
Find us on Facebook
Follow Us