IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 18 January 2018 11:28

KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN.

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN.

BANDAR PENAWAR, 17 Januari 2018 – Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan kursus berkenaan pengenalan kepada Kursus Bekerja Selamat di Tempat Tinggi, Tali dan Asas Penyelamatan. Kursus telah diberikan oleh Encik Shahrin Bin Hashim dari Syarikat Petit Outdoor. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada pengajar-pengajar IKBN Bandar Penawar telah mengikuti kursus ini.

 

Pada sesi pagi peserta didedahkan tentang undang-undang kilang dan mesin, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dengan pekerjaan di tempat tinggi. Pengenalan kepada bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko. Pengenalan kepada bahan-bahan yang digunakan semasa bekerja di tempat tinggi.

 

Pada sesi petang pula peserta diberi kesempatan untuk praktikal cara memanjat dan turun menggunakan tali. Para peserta yang terlibat diajar memakai peralatan perlindungan diri beserta cara mengikat tali. Encik Shahrin Hashim juga ada membuat demonstrasi asas penyelamatan di tempat tinggi.

 

Kursus in memberi pendedahan kepada mereka yang berkenaan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga semasa bekerja di tempat yang lebih tinggi daripada 2 meter kerana seseorang yang jatuh pada ketinggian tersebut boleh menyebabkan kecederaan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Shahrin Bin Hashim atas ilmu yang dicurahkan.

 

Disediakan oleh : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim
Foto : Encik Mohamad Zainal Bin Abdullah Sani

Read 3542 times Last modified on Ahad, 04 February 2018 12:06