IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 06 July 2018 01:29

KURSUS CHEMICAL SAFETY & CHEMICAL WASTE MANAGEMENT

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KURSUS CHEMICAL SAFETY & CHEMICAL WASTE MANAGEMENT

Bandar Penawar, 4 Julai 2018 - Wakil-wakil setiap jabatan di IKBN Bandar Penawar telah menghadiri Kursus Pengurusan Bahan Kimia di tempat kerja bertempat di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar. Kursus telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Encik Shaidon Bin Borham dengan dibantu oleh Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil dan Encik Nasrul Bin Ismail sebagai fasilitator.

 

Topik-topik yang telah disampaikan meliputi Akta dan Perundangan, Pelabelan Bahan Kimia, Penyimpanan dan lain-lain. Selain itu, aktiviti perbincangan berkumpulan turut diadakan melibatkan latihan pemahaman pendaftaran Bahan Kimia, panduan merujuk Helaian data keselamatan 'Safety data Sheet' (SDS), dan juga perbincangan mengenai amalan baik dalam pengendalian Bahan Kimia di tempat kerja. Pelajar-pelajar pula telah dilibatkan dalam penghasilan video kreatif berkaitan Keselamatan di Tempat Kerja dengan dibantu oleh Encik Zulhilmi Bin Abdullah, Puan Khairun Afida Binti Ahmad dan juga Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen.

 

Pada sebelah petang telah diadakan aktiviti latihan Kecemasan (Emergency Drill) yang melibatkan Blok Bangunan Pentadbiran, Blok Jabatan Hospitaliti, Blok Akademik (HEP dan CPKK), dan Blok Perhotelan. Melalui aktiviti ini, para pelajar khasnya telah didedahkan bagaimana hendak bertindak dalam keadaan kecemasan, kiraan headcount, kecederaan serta operasi menyelamat diwaktu kecemasan.

 

Program dibantu oleh kakitangan Jabatan Hospitaliti, perhotelan dan pengajar HSE yang turut serta menyiapkan solekan simulasi kecederaan pelajar. Pada 5 Julai program diteruskan dengan aktiviti EKSA di tempat kerja masing-masing. Urusetia merakamkan terima kasih kepada semua warga yang terlibat dalam menjayakan minggu keselamatan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil
Foto : Encik Zulhilmi Bin Abdullah

Read 935 times Last modified on Khamis, 19 July 2018 14:33
 
Find us on Facebook
Follow Us