Objektif kursus ini adalah untuk membekalkan kemahiran baharu kepada peserta agar dapat diamalkan bagi menambah pendapatan sebaik keluar dari pusat tahanan tersebut. Pihak jabatan menghantar dua orang pengajar iaitu En Muhammad Azraai bin Ismail dan Puan Rafidah Binti Saat untuk mengajar dan berkongsi ilmu serta kemahiran kepada peserta. Program ini merupakan program yang telah dirancang pada awal tahun 2020 dan disebabkan oleh pandemik Covid19 ia terpaksa ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu 2 dan 3 September 2020.
Disediakan Oleh : Mohd Shahmil Bin Mazeli ( Jabatan Perkhidmatan Sukan )