IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 17 January 2018 16:57

KURSUS ePEROLEHAN BAHARU

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KURSUS ePEROLEHAN BAHARU

BANDAR PENAWAR, 15 - 16 Januari 2018 – Bertempat di Makmal Komputer IKBN Bandar Penawar telah diadakan Kursus ePerolehan Baharu. Kursus ini adalah untuk pegawai IKBN Bandar Penawar yang terlibat dengan Sistem ePerolehan Baharu. Seramai 27 orang peserta yang terlibat dari semua bahagian. Kursus dua hari yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang telah dianjurkan oleh Unit Kewangan IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd.

 

Encik Ghazali Bin Qusai dari Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd Negeri Johor telah dijemput sebagai penceramah bagi menjayakan kursus ini. Hari pertama pegawai diperkenalkan dengan antaramuka Sistem Online ePerolehan yang baru. Mereka juga dimaklumkan berkenaan peranan masing-masing didalam sistem ePerolehan ini. Pada sebelah petang pegawai diajar bagaimana untuk melakukan transaksi Pembelian Terus secara atas talian. Antara peranan pengguna yang penting dalam proses ini adalah peminta, pelulus, urus setia dan pembekal. Dengan adanya sistem atas talian ini pembekal hanya perlu memuat naik katalog, secara tidak langsung memudahkan urusan pembelian terus.

 

Pada hari kedua pegawai diajar berkenaan Modul Sebutharga dan Tender secara atas talian menggunakan sistem ePerolehan. Dengan adanya Sistem ePerolehan baharu semua proses dan dokumentasi adalah diatas talian, ia dapat menjimatkan masa dan boleh diakses dimana-mana sahaja termasuklah diperanti mudah alaih. Semua proses seperti cipta sebut harga, cipta surat setuju terima, pemilihan pembekal dan kajian pasaran dibuat atas talian. Diharap dengan adanya kursus dan sistem yang baharu ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan IKBN Bandar Penawar.

 
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Jalalludin Bin Husin

Read 5133 times Last modified on Rabu, 17 January 2018 17:20