IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 14 February 2017 09:35

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
Disediakan : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim

Bandar Penawar, 14 Februari 2017 – Satu Kursus Latihan Pengendalian Makanan telah dilaksanakan di Perpustakaan IKBN Bandar Penawar. Kursus hari ini telah dianjurkan oleh Syarikat Mutiara Food Consultancy. Kursus telah disampaikan oleh Encik Mohamad Misbahudin. Peserta kursus ini merupakan pengendali makanan yang telibat secara langsung atau tidak dalam industri pengendalian makanan. Pengusaha makanan hendaklah mematuhi peraturan- peraturan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kursus ini memberi pendedahan tentang penjagaan kebersihan dalam penyediaan makanan oleh permis-permis perniagaan yang berkaitan dengan pemakanan. Kursus bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Syarikat Mutiara Food Consultancy menawarkan Kursus Latihan Pengendalian Makanan bagi memenuhi keperluan latihan asas pengendali-pengendali makanan di sekitar Bandar Penawar. Pengusaha syarikat penyediaan makanan di sekitar Bandar Penawar semakin banyak di Bandar Penawar bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang tinggi Projek RAPID di Penggerang dan sekitarnya.


Perlunya diadakan kursus-kursus sebegini di masa akan datang supaya dapat memastikan pengendali makanan mendapat informasi dan pengetahuan yang tepat dalam pembuatan, mengendalikan dan menjual produk makanan mereka.

 

Read 3508 times Last modified on Rabu, 13 September 2017 08:08
 
Find us on Facebook
Follow Us