IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 06 May 2018 15:40

KURSUS MASAKAN - PENYEDIAAN ASSORTED COOKIES

Written by
Rate this item
(0 votes)

KURSUS MASAKAN - PENYEDIAAN ASSORTED COOKIES


Bandar Penawar, 6 Mei 2018 – Bahagian Penyediaan Pastri, Jabatan Hospitaliti Bandar Penawar, telah menganjurkan Kursus Assorted Cookies pada hari Sabtu 5 Mei 2018. Kursus tersebut dikendalikan oleh pengajar daripada Bahagian Penyediaan Pastri dan dibantu oleh pelajar seramai 9 orang. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti Kursus Assorted Cookies yang bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.


Kursus ini memberi fokus kepada latihan secara amali (hands-on) di mana peserta akan mendapat latihan secara langsung daripada pengajar dan setiap peserta akan dibantu oleh pelajar yang telah dilatih bagi memudahkan proses pembelajaran.


Peserta telah dibekalkan dengan resepi yang lengkap di mana setiap peserta akan mempelajari 3 jenis biskut seperti Chocolate Chip Cookies, Almond Crunchy dan Tart Nenas. Pada sesi pagi peserta telah belajar cara pembuatan Chocolate Chip Cookies dan Almond Crunchy. Manakala pada sebelah petang peserta berpeluang untuk membuat Tart Nenas.


Selain berkesempatan mengikuti kursus amali peserta juga telah dibekalkan dengan beberapa tip cara pembuatan biskut yang betul dan peserta juga berpeluang mempelajari sedikit sebanyak berkenaan biskut secara teori.


Kursus seperti ini sangat bermanfaat kepada sesiapa sahaja kerana selain daripada menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran, peserta juga berpeluang untuk menjana pendapatan daripada rumah bagi kelangsungan hidup. Malah, boleh menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara kerana secara tidak langsung membantu mengurangkan isu pengangguran di Malaysia.


Di sediakan oleh : Zufeesya Binti Zainalabidin
Foto oleh : Zufeesya Binti Zainalabidin

Read 1672 times
 
Find us on Facebook
Follow Us