IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 29 June 2021 13:46

Pelajar IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Program Rakan Muda KLIK @ KAHOOT! Peringkat Negeri Johor

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pelajar IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Program Rakan Muda KLIK @ KAHOOT! Peringkat Negeri Johor

Pontian, 19 Jun 2021 – Program Rakan Muda Klik @ Kahoot! Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 19 Jun 2021 (Sabtu) merupakan anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Tanjung Piai yang berlangsung secara atas talian melalui persidangan video.


Terdapat empat orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menyertai program ini iaitu Nur Ezzaty Binti Mohd Sani dari Jurusan Pengemasan Semester 3, Siti ‘Aisyah Binti Zakariah dari Jurusan Kaunter Hadapan Semester 2,  Muhammad Ilman Sadique Bin Saiful Azran dan Nur Hidayah  Binti Suhaimi dari Jurusan Penyediaan Makanan Semester 1. Program ini dilaksanakan menggunakan aplikasi Kahoot! iaitu sebuah platform pembelajaran berasaskan permaianan (kuiz) secara atas talian.

 

Program Rakan Muda Klik @ Kahoot! Ini adalah berbentuk pertandingan dan pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah jaawapan betul tertinggi yang dikumpul sepanjang sesi berlangsung. Untuk pengetahuan semua, Siti ‘Aisyah Binti Zakariah berjaya mendapat tempat sepuluh terbaik dan hadiah akan diberikan dalam bentuk e-tunai.


Diharap kejayaan dan penglibatan pelajar IKBN Bandar Penawar ini dapat menyuntik lagi semangat pelajar-pelajar yang lain untuk terus cemerlang, seterusnya dapat menaikkan lagi nama IKBN Bandar Penawar.

Disediakan oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen
Foto oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen

Read 6917 times