IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 09 March 2022 14:22

IKBN BANDAR PENAWAR TURUT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANDAR PENAWAR, 8 Mac 2022 – Seramai 30 orang peserta wanita terdiri daripada pegawai, kakitangan dan pelajar telah menyertai program Kursus Asas Lipatan Napkin dan Penjagaan Kulit Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia Tahun 2022. Program ini merupakan anjuran Pengurusan IKBN Bandar Penawar bagi meraikan golongan wanita di IKBN Bandar Penawar khususnya.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan jenis-jenis lipatan napkin bukan sahaja dalam bentuk teori malah peserta juga diberi peluang mempraktikkan kaedah lipatan tersebut. Peserta juga diberi pengetahuan dalam penjagaan kulit muka wanita yang betul. Kecantikan merupakan perkara yang sangat sinonim kepada wanita. Kecantikan yang dilengkapi pakej adalah suatu kelebihan iaitu kecantikan luaran dan dalaman yang membentuk personaliti seseorang menjadikan dirinya lebih menarik dan lebih berkeyakinan.

Tahun ini, tema sambutan Hari Wanita adalah 'Saksama Bersama'. Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap ketaksamaan terhadap wanita, seterusnya menggalakkan masyarakat berperanan merapatkan jurang ketaksamaan ini. Tema ini juga menekankan semangat kesaksamaan dalam usaha memperkasakan wanita bagi mendapat ruang dan peluang yang adil untuk memajukan potensi diri ke arah kehidupan lebih bermakna dan sejahtera. Ia juga selari dengan tema dipilih pada peringkat antarabangsa, iaitu Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow.

         

Read 12026 times Last modified on Rabu, 09 March 2022 14:35