IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 10 March 2019 16:44

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Bandar Penawar, 7 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Program Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu, disertai oleh semua kakitangan dan para pelajar IKBN Bandar Penawar seramai 150 orang.


Program yang dimulakan dengan sesi ceramah berkaitan cara pengurusan jenazah itu, telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar, Ustaz Ahmad Bin Sungkhai. Seterusnya para peserta kursus melihat dan mempelajari cara mandian jenazah dengan cara yang betul serta sesi mengkafankan mayat yang turut dibantu oleh kakitangan dan pelajar.


Program yang berakhir pada jam 12.00 tengahari itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peserta program. Diharap program sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dalam memberi pengetahuan kepada para peserta berkaitan hukum-hukum dan amalan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian selain ia dapat mengeratkan hubungan diantara kakitangan dan pelajar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

Read 786 times Last modified on Ahad, 17 March 2019 16:48
 
Find us on Facebook
Follow Us