IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 19 November 2017 17:48

KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS

Written by
Rate this item
(0 votes)

KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS

BANDAR PENAWAR, 19 November 2017 – Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah menjalankan Kursus Penyediaan Makanan Berasaskan Yis pada hari Sabtu 18 November 2017. Kursus ini telah ditawarkan kepada komuniti setempat dan ada juga peserta yang datang dari Johor Bahru.

 

Kursus secara “hands-on” ini telah disertai oleh seramai 9 orang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 7 orang wanita. Peserta kursus ini meliputi pelbagai latar belakang termasuklah suri rumah, para suami, pekerja mahir dan separuh mahir serta para usahawan atas talian. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penyediaan makanan berasaskan yis yang lebih memfokuskan kepada penyediaan asas roti dan pizza.

 

Antara produk yang dihasilkan adalah Hawaiian Pizza, Island Supreme pizza, Red bean bun, Chicken floss bun, Butter scotch bun, Plaited cheese bun, Tuna roll dan banyak lagi. Encik Shah Rizan Bin Tamrim telah dipertanggungjawabkan dalam sesi pengajaran kali ini. Kursus bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, peserta menunjukkan minat dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik penyediaan roti.

 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semoga dengan apa yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan disamping menjadi titik tolak dalam pencarian penambahan rezeki.
 
Disediakan oleh : Encik Shah Rizan Bin Tamrim
Foto : Shah Rizan Bin Tamrim

Read 1864 times Last modified on Selasa, 28 November 2017 18:04
 
Find us on Facebook
Follow Us