IKBN



KUALA LANGAT

 
Selasa, 15 September 2020 16:52

KURSUS PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TENAGA PENGAJAR FOTOGRAFI (ADVANCED ADVERTISING PHOTOGRAPHY)

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 8 Julai 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dengan kerjasama pihak industri Akademi Fotografi Multimedia dan White Studio telah melaksanakan Kursus Program Pembangunan Kemahiran Tenaga Pengajar bidang Fotografi yang bertajuk "Advanced Advertising Photography".

 

Kursus ini telah diadakan di White Studio Sg Lui Kajang pada 23 Jun 2020-26 Jun 2020. Tuan Bustamam Mokhtar adalah seorang Jurugambar Fesyen yang terkenal di Malaysia telah menjadi penceramah juga berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam industri fotografi.
Kesemua Tenaga Pengajar bidang Fotografi telah hadir mengikuti kursus ini iaitu En Mohd Hatim bin Mazlan, En Hamzuri bin Abdul Hamid, En Rizman Hady bin Bujang @Mohamad, En Azman bin Mohamed dan En Shamsul Bahrin bin Jumain.

 

Semoga segala ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan kepada pelajar -pelajar bidang fotografi. IKBN Kuala Langat terus komited untuk memberikan latihan kemahiran yang terbaik seiring dengan keperluan industri.

 

    Disediakan Oleh : Rizman Hady bin Bujang@Mohamad ( Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia )

 

 

 

Read 24 times