Kursus urutan sukan ini merupakan satu program yang dirangka dalam pelan tahunan di bawah program tabung amanah IKBN Kuala Langat. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mempelajari teknik-teknik asas dalam menjalankan urutan sukan dalam masa sama sebagai satu inisiatif untuk memperkenalkan IKBN Kuala Langat kepada masyarakat luar. Kursus urutan sukan anjuran IKBN Kuala Langat bukan sahaja disertai oleh masyarakat Malaysia malah turut menerima penyertaan dari negara luar antaranya Indonesia, Brunei serta Singapura. Semua pengajar di Jabatan Perkhidmatan Sukan IKBN Kuala Langat terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus ini.
Disediakan Oleh : Mohd Shahmil Bin Mazeli ( Jabatan Perkhidmatan Sukan )