IKBN
KEMASIK
KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.
Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.
Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.
Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.
KUNJUNG HORMAT WAKIL IKBN KEMASIK KE PEJABAT BOMBA
Kemaman, 12 Januari 2021 – Kunjung hormat Pn. Norlia Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik, bersama En. Mohd Hafeez Hussein, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan En. Mazri Mamat, Penolong Pegawai Tadbir ke Pejabat Ketua Zon 2 Negeri Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.
PENDAFTARAN PELAJAR DI SISTEM PENGURUSAN INTEGRASI KEMAHIRAN MALAYSIA (MYSPIKE)
Kemasik, 10 Januari 2021 – IKBN Kemasik telah melaksanakan pendaftaran pelajar melalui Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MYSPIKE) secara berkelompok mengikut bidang yang telah dijadualkan.
MODUL ONLINE TAMBAHAN
Kemasik, 7 Januari 2020 – Pada 4 hingga 7 Januari 2021 lalu, IKBN Kemasik melaksanakan Modul Online Tambahan bagi pelajar baru sesi Julai 2020 bagi bulan Januari sehingga Februari 2021.
Kemaman, 23 Disember 2020 – Seramai 11 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kemasik telah menyertai Program Pasca Banjir Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2020.
PELAJAR KEMBALI SEMULA KE IKBN KEMASIK
Kemasik, 5 Januari 2021 – Pada 3 Januari 2021 lalu, para pelajar IKBN Kemasik telah kembali semula untuk meneruskan pembelajaran di institut setelah mereka bercuti kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November 2020.
Kemasik, 10 Disember 2020 - IKBN Kemasik telah menyertai Majlis Penyampaian Anugerah Harta Intelek Negara (AHiN2020) Peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan
Kemasik, 10 Disember 2020 – Selesai dengan jayanya Kursus In House iaitu Advance Cake Decoration Specialist Icing Embroidery & Sugar Lace Decoration melibatkan seramai 11 orang pengajar dan Ketua Jabatan Hospitaliti.
Dungun, 6 Disember 2020 – Tiga (3) orang wakil dari IKBN Kemasik telah berkunjung ke UiTM Dungun bagi melihat kaedah konvokesyen secara temu janji yang pertama kali diadakan akibat pendamik Covid-19.
Kemasik, 3 Disember 2020 – Satu Lawatan Penanda Aras Pengurusan Pembuatan Roti dari PPD Kemaman & Bahagian Pendidikan Khas SMK Sultan Ismail telah diadakan di Bahagian Penyediaan Roti (PR) Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik.
Kuantan, 22 November 2020 – Peperiksaan Akhir (Teori & Amali) SLDN Operasi Pengemasan, bersama perantis-perantis SLDN di Grand Darul Makmur (GDM) Hotel Kuantan (MUIP Hotel Sdn. Bhd).
Kemasik, 7 November 2020 – Pada 6 dan 7 November 2020 telah berlangsung Kursus Induksi Pentauliahan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bertempat di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik.
Kuantan, 26 Oktober 2020 – Satu Lawatan Pemantauan & Bimbingan SLDN (Program Berinsentif RMKe-11 Tahun 2020) telah diadakan oleh pegawai pemantau dari Bahagian SLDN, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur.
Kemasik, 15 OKTOBER 2020 – Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah melaksanakan Kursus Videography & Photography (Advertising) di bawah Program Jana Semula Ekonomi (PENJANA) 2020 yang bermula dari 6 hingga 15 Oktober 2020.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan