IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 10 April 2019 18:09

LATIHAN SUKAN KONTINJEN IKBNBP BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

LATIHAN SUKAN KONTINJEN IKBNBP BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2019

Bandar Penawar, 9 April 2019 - Kontinjen sukan IKBN Bandar Penawar sedang giat menjalani latihan dan perlawanan persahabatan bagi persediaan Kejohanan Sukan ILKBS 2019 di IKTBN Sepang pada 28-30 April 2019. Sukan yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Ragbi Sentuh, Sepak Takraw dan Bola Jaring.

 

Latihan pada hari ini diserikan dengan kehadiran DYAM Tunku Mahkota Johor di SSTMI dan memberi galakan kepada pasukan bola sepak IKBN Bandar Penawar. Turut memberi sokongan Pengurusan Tertinggi IKBN Bandar Penawar dan kakitangan yang terlibat secara langsung sebagai penyelaras dan jurulatih.

 

Semoga kontinjen sukan IKBN Bandar Penawar teruskan latihan dan komitmen agar mampu memperoleh kejayaan di Kejohanan Sukan ILKBS 2019.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 1198 times Last modified on Rabu, 17 April 2019 18:23
 
Find us on Facebook
Follow Us