Bandar Penawar, 16-17 Julai 2019 - Lawatan Audit Penarafan Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diwakili oleh tiga pegawai iaitu Encik Eleas Bin Ismail, Cik Shiadri Binti Saleh@Aman dan Encik Mohd Hamdam Bin Jaffar@ Othman selama 2 hari telah diberi kerjasama yang amat baik oleh kakitangan IKBN Bandar Penawar dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Pihak JPK memuji tindakan pantas pegawai dan sistem fail yang dibuat. IKBN Bandar Penawar merupakan Pusat Bertauliah yang menjalankan kursus-kursus kemahiran yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Profesional. Tahniah diucapkan kepada semua pengajar dan pegawai yang terlibat dalam melancarkan audit ini.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah