IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 14 March 2019 16:36

LAWATAN INDUSTRI DAN TAKLIMAT KERJAYA SERTA “ ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST DI IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN INDUSTRI DAN TAKLIMAT KERJAYA SERTA “ ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST DI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 13 Mac 2019 - Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar telah mengambil inisiatif bersama Pengurus Latihan & Pembangunan, Encik Adeaizuddin Ahad untuk mengadakan taklimat kerjaya dalam Bahasa Inggeris kepada para pelajar dibawah teras ‘English Empowerment’ supaya tidak kekok apabila berada di industri yang melibatkan Hospitaliti & Perhotelan yang mana Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terpenting dalam skop kerja mereka pada masa hadapan.

 

Selain itu, lawatan daripada industri sangat membantu para pelajar untuk tahu mengenai keperluan pekerja mahir dan peluang yang tersedia apabila tamat latihan kelak. Bidang kemahiran merupakan salah satu tunjang utama Negara dalam menjadi negara maju dan berdaya saing. Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim dan semua pelajar dan pengajar Jabatan Hospitaliti & Perhotelan yang terlibat bagi program tersebut.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 322 times Last modified on Ahad, 17 March 2019 10:55
 
Find us on Facebook
Follow Us