IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN INDUSTRI PELAJAR TAHUN AKHIR PEMBAIKAN STRUKTUR PESAWAT

 

Disediakan Oleh : Ahmad Zul Hazmi Che Mamat

SELANGOR - Sesi Lawatan Industri ke Spirits Aerosystems Sdn. Bhd. dan Sepang Aircraft Engineering Sdn. Bhd. telah diadakan pada tarikh 08-09 April 2019 yang lepas yang disertai ketua jabatan, ketua bahagian dan pengajar pembaikan struktur pesawat iaitu seramai 7 orang diikuti 3 pegawai Cawangan Hubungan Industri mengiringi 35 orang pelajar pesawat semester akhir. 

 

Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan sebenar dalam industri aviation atau alam pekerjaan kepada pelajar-pelajar semester akhir Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat dalam Bidang komposit dan sheet metal mengenai Industri Aviation Manufacturing dan Aviation MRO. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan ialah Sesi career experience sharing oleh Alumni IKBN PEKAN, Taklimat cara kerja oleh pakar pakar Industri, Pendedahan teknologi dan mesin terbaru, Interview sessions for OJT Placement dan Careers pathway exposure dalam Aviation Manufacturing dan Aviation MRO.


Dengan pendedahan dan pengalaman yang dikongsikan pada pelajar diharap dapat memberi keyakinan diri dalam berdepan dengan cabaran kerja serta mengukuhkan keyakinan pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya dan pada masa yang sama pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang didedahkan oleh pihak industri dan dengan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara alumni dan pelajar semasa.


Sehubungan itu dengan lawatan yang dilakukan akan dapat melahirkan para graduasi ikbnpekan lebih berkualitii dan mantap.

Read 329 times Last modified on Jumaat, 19 April 2019 12:03
 
Find us on Facebook
Follow Us