IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 16 March 2020 13:20

Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Kota Tinggi, 12 Mac 2020 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diwakili oleh Encik Churemi Bin Sairi dan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail serta beberapa pegawai hari ini telah menghadiri mesyuarat penyelarasan dan lawatan kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di PUSPEN Kota Tinggi bagi meningkatkan lagi kerjasama untuk melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempunyai tenaga mahir sebanyak 35% menjelang tahun 2020.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Puan Chong Siew Ngoh dan turut sama Penolong Pengarah Rawaran dan Pemulihan AADK, En Roslan Bin Hussein, Pengarah PUSPEN Kota Tinggi, Puan Faizah Binti Harun, Pegawai AADK Kota Tinggi, Puan Everlyn serta beberapa pegawai PUSPEN dan AADK.


Mesyuarat pada hari ini, adalah kesinambungan daripada mesyuarat terdahulu pada 5 Februari 2020. Mesyuarat pada kali ini akan memberi lebih penekanan terhadap pemerkasaan kualiti peserta PUSPEN Kota Tinggi melalui Pendidikan dan Latihan, Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kemahiran hardskill dan kemahiran softskill iaitu bidang kimpalan dan penyajian melalui program My Future Youth.


Selain meneruskan bentuk-bentuk kerjasama sedia ada, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengembangkan skop kolaborasi meliputi penganjuran Train Of Trainer (TOT) kepada pengajar PUSPEN dan pelaksanaan kerjasama dalam kebolehpasaran perserta kursus. Turut diadakan lawatan tapak ke bengkel dan ruang pembelajaran bagi praktikal dan juga teori yang disediakan oleh pihak PUSPEN bagi pelaksanaan program kerjasama ini kelak.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 2014 times
 
Find us on Facebook
Follow Us