IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 29 January 2019 12:45

LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBNBP

Written by
Rate this item
(1 Vote)

LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 28 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak MBD Kota Tinggi ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak MBD Kota Tinggi diwakili oleh En. Mohd Fauzan amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.

 

Pihak MBD Kota Tinggi berhasrat untuk membantu penduduk Kota Tinggi amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas, Hospitaliti dan Perhotelan. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, Scaffolding, Health, Safety & Enviroment (HSE), Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi IKBN Bandar Penawar untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak MBD Kota Tinggi kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 287 times Last modified on Rabu, 30 January 2019 13:47
 
Find us on Facebook
Follow Us