IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 21 April 2019 11:00

LAWATAN KERJA IKBN BANDAR PENAWAR KE THE WESTIN DESARU COAST RESORT

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN KERJA IKBN BANDAR PENAWAR KE THE WESTIN DESARU COAST RESORT

Desaru, 18 April 2019 - IKBN Bandar Penawar menerima jemputan daripada pihak The Westin Desaru Coast Resort untuk membuat kunjungan dan lawatan industri serta berjumpa dengan Pengurus Besar, Vikram Mujumdar dan Pengarah Sumber Manusia, Caterine Wong daripada The Westin Desaru Coast Resort. IKBN Bandar Penawar diketuai oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail dan beberapa pegawai yang lain hadir untuk mendengar sesi taklimat berkenaan operasi The Westin Desaru Resort yang bernaung dibawah kumpulan Marriot dan mempunyai lebih 6000 rangkaian hotel serta beroperasi di lebih 130 buah negara dan lebih 30 jenama hotel yang terlibat. Lebih merupakan ayat paling digemari oleh pewaris kumpulan Marriot tersebut. Diharap dengan kerjasama bersama The Westin Desaru Coast Resort ini memberi lebih peluang kepada para graduan IKBN Bandar Penawar khususnya dan para belia amnya dalam mendapatkan pekerjaan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 266 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 13:20
 
Find us on Facebook
Follow Us