IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 27 February 2019 12:22

LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 26 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak JPDC ke institut ini bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di IKBN Bandar Penawar seiring dengan keperluan Industri Minyak & Gas di Pengerang, Johor.

 

Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak JPDC diwakili oleh Encik Hilmi dan Hajah Rashidah akan berusaha untuk membantu pihak Institut dalam mengenal pasti keperluan bagi jangka masa panjang agar IKBN Bandar Penawar sentiasa menjadi pusat latihan teknikal dalam bidang-bidang kemahiran terutama dalam industri Minyak & Gas.

 

Pihak JPDC berhasrat untuk membantu penduduk luar bandar amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

IKBN Bandar Penawar membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak JPDC kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 475 times Last modified on Ahad, 03 March 2019 12:34
 
Find us on Facebook
Follow Us