IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 13 February 2019 15:55

LAWATAN KERJA KEJORA KE IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN KERJA KEJORA KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 12 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan di sini dan melihat fasiliti yang tersedia di IKBN Bandar Penawar. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak KEJORA diwakili oleh Encik Abdul Rahman dan Encik Suhaimi amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut.

 

Pihak KEJORA berhasrat untuk membantu penduduk luar bandar amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas, Hospitaliti dan Perhotelan. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. Boleh hubungi IKBN Bandar Penawar sekiranya berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak KEJORA kerana sudi mengunjungi kami dan berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 451 times Last modified on Selasa, 26 February 2019 16:06
 
Find us on Facebook
Follow Us