IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 05 May 2019 12:22

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPKB KBS KE IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPKB KBS KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 4 Mei 2019 - Lawatan kerja Ketua Pengarah BPKB KBS, YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof diiringi oleh beberapa pegawai Kanan BPKB hadir ke IKBN Bandar Penawar bagi membincangkan hala tuju Jabatan Minyak & Gas, Hospitaliti dan Perhotelan dan melihat fasiliti yang ada di setiap jabatan. Selain itu, turut diadakan pertandingan mengemas katil secara dalaman oleh Jabatan Perhotelan. Perbincangan berlangsung dengan jayanya dan makan tengah hari disediakan oleh para pelajar Jabatan Hospitaliti. YBhg. Dato’ Dr. KP amat berpuas hati dengan pembentangan yang disediakan dan ingin melihat pelaksanaan kursus sepenuh masa bagi bidang kimpalan yang dijangka mula mengambil pelajar pada Januari 2020. Jom masuk IKBN Bandar Penawar dan mengikuti bidang kemahiran TVET yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Industri.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 241 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 13:16
 
Find us on Facebook
Follow Us