IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 04 December 2019 14:48

In House Training Jabatan Hospitaliti

Written by
Rate this item
(0 votes)

In House Training Jabatan Hospitaliti

Bandar Penawar, 1-3 Disember 2019 - Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah melaksanakan in-house training yang melibatkan tenaga pengajar dari Bahagian Penyediaan Makanan, Bahagian Penyediaan Pastri dan Bahagian Penyajian.

 

Latihan selama tiga hari ini melibatkan empat tajuk yang berbeza iaitu Art Of Japanese Cuisine, Molecular Gastronomy Technique in Cooking Method, Chocolate Sculpture dan Mastering 2D Arts and 3D Figures. Tenaga pengajar bagi setiap latihan merupakan pengajar dari Jabatan Hospitaliti sendiri di mana mereka telah menghadiri Program Peningkatan Kemahiran yang diaturkan oleh pihak Kementerian.

 

Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang didapati semasa program tersebut bersama dengan tenaga pengajar di Institut.Diharapkan dengan pendekatan seperti ini tiada tenaga pengajar yang terlepas peluang untuk mempelajari dan menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 9331 times Last modified on Rabu, 11 December 2019 14:54