Bandar Penawar, 2 Disember 2020 - Bahagian Kimpalan telah mengadakan kursus Inhouse Training Program Peningkatan Kemahiran bagi kursus Welding Procedures Specification, Understanding On NDT Technologies, MPI, DPI Method dan Quality Control In Steel Fabrication Industries. Seramai 6 orang pengajar Bahagian Kimpalan yang terlibat serta seramai 10 peserta telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan pendedahan menyeluruh mengenai kepentingan keselamatan dan kualiti dalam proses kimpalan bagi membolehkan produk yang dihasilkan bermutu tinggi dan berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah