LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPKB KBS KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 22 Apr 2021 05:29:59 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM KESEDARAN MAKNA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesedaran-makna.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesedaran-makna.html PROGRAM KESEDARAN MAKNA

PROGRAM KESEDARAN MAKNA

BANDAR PENAWAR, 7 Mac 2018 – Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai MAKNA telah mengadakan taklimat, penerangan dan kesedaran penyakit kanser kepada pegawai-pegawai IKBN Bandar Penawar. MAKNA telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai pertubuhan sosial yang memberi sokongan, rawatan, pendidikan & kesedaran, penyelidikan dan bantuan kewangan berkenaan kanser.

 

Setiap tahun penderita penyakit kanser semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia. MAKNA mengambil tanggunjawab memberi kesedaran kepada semua pegawai di IKBN Bandar Penawar tentang bertapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat bagi pencegahan awal kanser. Encik Roslan Bin Ahmad selaku penyampai dari MAKNA juga telah menerangkan cara-cara untuk mengesan tanda-tanda awal kanser.

 

Selain itu semua pegawai di IKBN Bandar Penawar dipaparkan dengan penderitaan dan kepayahan hidup pengidap-pengidap kanser yang telah mendapat bantuan dan sokongan dari MAKNA. Pelbagai aktiviti yang MAKNA laksanakan bagi membantu pesakit kanser antaranya menyediakan rumah (Halfway House) untuk pesakit kanser atau penjaga yang perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. MAKNA dengan usahasama UPM telah menubuhkan Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES) dalam usaha untuk menambahbaik rawatan kanser.

 

Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan MAKAN yang telah hadir memberikan sedikit info dan penerangan yang bermanafaat untuk semua pegawai IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 08 Mar 2018 01:58:58 +0800
LAWATAN PENANDA ARAS UniKL MFI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-penanda-aras-unikl-mfi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-penanda-aras-unikl-mfi.html LAWATAN PENANDA ARAS UniKL MFI

LAWATAN PENANDA ARAS UniKL MFI

BANDAR PENAWAR, 21 Februari 2018 - Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) telah mengunjungi IKBN Banda Penawar bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan Accredited Test Facility American Welding Society IKBN Bandar Penawar. Delegasi yang dihadiri oleh Encik Mohd Kamil B. Hj Mohd Said (Head Of Department Fabrication And Joining), Encik Aziz B. Dawam (Specialist Welding), Encik Sulaiman B. Jailani (Specialist Welding), Dr. Mahamad Nor B. Wahab (Senior Lecturer), Encik Ahmad Zuraili B. Yop Shahari (Technician) dan Encik Wan Fadzlee B. Wan Mustar (Technical Officer) adalah sebagai satu lawatan penanda aras oleh pihak UniKL MFI.

 

Lawatan yang berlangsung selama hampir 3 jam ini lebih kepada perkongsian sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman IKBN Bandar Penawar kepada pihak UniKL MFI dalam membangunkan ATF dari segi pembangunan Quality Prosedure Manual, stor dan kelengkapan peralatan serta persediaan ketika menghadapi audit yang dijalankan oleh pihak American Welding Society. Lawatan ini bagi memberi pendedahan kepada UniKL MFI untuk menghadapi audit ATF.

 

Antara pegawai IKBN Bandar Penawar yang terlibat ialah Encik Shaidon Bin Borham (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan), Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @ Mohamad Ghazali, Encik Sami'an Bin Kadiron, Encik Abd Ghani Bin Amat Bedah dan Encik Shahrul Nizam Bin Muhamat.  Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat memberi manfaat bagi kedua-dua belah pihak dimasa akan datang. Terima kasih Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) diatas kesudiaan kunjungan ini.

 

Disediakan oleh : Encik Salizal B. Mohamad Rajali @ Mohamad Ghazali
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 21 Feb 2018 17:56:35 +0800
KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-bekerja-selamat-di-tempat-tinggi-tali-dan-asas-penyelamatan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-bekerja-selamat-di-tempat-tinggi-tali-dan-asas-penyelamatan.html KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN.

KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN.

BANDAR PENAWAR, 17 Januari 2018 – Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan kursus berkenaan pengenalan kepada Kursus Bekerja Selamat di Tempat Tinggi, Tali dan Asas Penyelamatan. Kursus telah diberikan oleh Encik Shahrin Bin Hashim dari Syarikat Petit Outdoor. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada pengajar-pengajar IKBN Bandar Penawar telah mengikuti kursus ini.

 

Pada sesi pagi peserta didedahkan tentang undang-undang kilang dan mesin, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dengan pekerjaan di tempat tinggi. Pengenalan kepada bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko. Pengenalan kepada bahan-bahan yang digunakan semasa bekerja di tempat tinggi.

 

Pada sesi petang pula peserta diberi kesempatan untuk praktikal cara memanjat dan turun menggunakan tali. Para peserta yang terlibat diajar memakai peralatan perlindungan diri beserta cara mengikat tali. Encik Shahrin Hashim juga ada membuat demonstrasi asas penyelamatan di tempat tinggi.

 

Kursus in memberi pendedahan kepada mereka yang berkenaan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga semasa bekerja di tempat yang lebih tinggi daripada 2 meter kerana seseorang yang jatuh pada ketinggian tersebut boleh menyebabkan kecederaan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Shahrin Bin Hashim atas ilmu yang dicurahkan.

 

Disediakan oleh : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim
Foto : Encik Mohamad Zainal Bin Abdullah Sani

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 18 Jan 2018 11:28:46 +0800
KURSUS ePEROLEHAN BAHARU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-eperolehan-baharu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-eperolehan-baharu.html KURSUS ePEROLEHAN BAHARU

KURSUS ePEROLEHAN BAHARU

BANDAR PENAWAR, 15 - 16 Januari 2018 – Bertempat di Makmal Komputer IKBN Bandar Penawar telah diadakan Kursus ePerolehan Baharu. Kursus ini adalah untuk pegawai IKBN Bandar Penawar yang terlibat dengan Sistem ePerolehan Baharu. Seramai 27 orang peserta yang terlibat dari semua bahagian. Kursus dua hari yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang telah dianjurkan oleh Unit Kewangan IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd.

 

Encik Ghazali Bin Qusai dari Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd Negeri Johor telah dijemput sebagai penceramah bagi menjayakan kursus ini. Hari pertama pegawai diperkenalkan dengan antaramuka Sistem Online ePerolehan yang baru. Mereka juga dimaklumkan berkenaan peranan masing-masing didalam sistem ePerolehan ini. Pada sebelah petang pegawai diajar bagaimana untuk melakukan transaksi Pembelian Terus secara atas talian. Antara peranan pengguna yang penting dalam proses ini adalah peminta, pelulus, urus setia dan pembekal. Dengan adanya sistem atas talian ini pembekal hanya perlu memuat naik katalog, secara tidak langsung memudahkan urusan pembelian terus.

 

Pada hari kedua pegawai diajar berkenaan Modul Sebutharga dan Tender secara atas talian menggunakan sistem ePerolehan. Dengan adanya Sistem ePerolehan baharu semua proses dan dokumentasi adalah diatas talian, ia dapat menjimatkan masa dan boleh diakses dimana-mana sahaja termasuklah diperanti mudah alaih. Semua proses seperti cipta sebut harga, cipta surat setuju terima, pemilihan pembekal dan kajian pasaran dibuat atas talian. Diharap dengan adanya kursus dan sistem yang baharu ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan IKBN Bandar Penawar.

 
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Jalalludin Bin Husin

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 17 Jan 2018 16:57:55 +0800
MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-1-2018-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-1-2018-ikbn-bandar-penawar.html MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR

MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 3 - 7 Januari 2018 – Bermulanya rutin yang baru bagi pelajar IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2018. Pelbagai aktivit telah disunsun untuk melengkapkan diri pelajar baru bagi persediaan mereka melalui hari-hari seterusnya di IKBN Bandar Penawar. Jam 2.00 petang setelah ibu bapa penjaga mereka meninggalkan IKBN Bandar Penawar, pelajar-pelajar ini telah berkumpul dan dibahagikan dalam kumpulan. Kemudian mereka diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang merupakan senior mereka dan pengajar-pengajar di IKBN Bandar Penawar.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu paradigma ini ialah aktiviti Kawad Kaki, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Taklimat AKRAB, Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP), Taklimat Pengurusan Latihan dan Taklimat Alumni. Semua aktiviti dan taklimat yang disampaikan adalah bagi menguatkan jati diri pelajar dan memberi gambaran lebih jelas berkenaan kehidupan di asrama sebagai pelajar.

 

Majlis penutup Minggu Paradigma telah diadakan pada 7 Januari jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Seusai ucapan Pengarah, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, jemputan disajikan dengan video sepanjang minggu paradigma. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan pelajar yang berjaya dalam aktiviti yang sertai.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 07 Jan 2018 10:23:34 +0800
MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-ikbn-bandar-penawar-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-ikbn-bandar-penawar-2018.html MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018

MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018

BANDAR PENAWAR, 7 - 11 Januari 2018 – Buat pertama kalinya IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Minggu Keselamatan IKBN Bandar Penawar berkesinambungan daripada kemasukan pelajar baru pengambilan 1/2018. Program anjuran Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBN Bandar Penawar telah merancang pelbagai aktiviti bagi menjayakan program ini. Pada hari Ahad 7 Januari 2018, jam 2.00 petang telah diadakan Majlis Perasmian yang telah dihadiri oleh semua pegawai dan pelajar. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali.

 

Antara aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang MInggu Keselamatan IKBN Bandar Penawar 2018 ialah Taklimat Keselamatan daripada Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBNBP, Taklimat Pengungsian Bangunan daripada Bomba, Kursus PBSM yang diadakan di Perpustakaan IKBN Bandar Penawar, Taklimat dan demo daripada Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Taklimat Keselamatan daripada PDRM dan Emergency Drill Pengungsian asrama bersama-sama Bomba Bandar Penawar. Disamping itu juga, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan video kreatif berkaitan taklimat keselamatan mengikut jurusan dan asrama.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah turut serta menjayakan program ini. Di harap program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan warga dan juga pelajar IKBN Bandar Penawar.
 
Disediakan oleh : Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 11 Jan 2018 10:21:43 +0800
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018.html PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018

BANDAR PENAWAR, 3 Januari 2018 – Seramai 45 orang pelajar baru telah mendaftar masuk di IKBN Bandar Penawar. Kursus yang dibuka untuk pengambilan pada kali ini adalah Sijil Teknologi Hospitaliti Penyediaan Pastri, Sijil Teknologi Hospitaliti Pengemasan Housekeeping, Sijil Teknologi Hospitaliti Perkhidmatan Kaunter Hadapan.

 

Bermula jam 8.00 pagi pelajar bersama-sama ibu bapa telah memenuhi ruang Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar untuk membuat pendaftaran. Kemudian pelajar akan ke asrama untuk mendaftar masuk asrama dan seterusnya ke Bilik ICT untuk mendaftar masuk Sistem eKampus. Pada jam 11.00 pagi semua pelajar dan ibu bapa penjaga dikehendaki ke Dewan Serbaguna semula untuk mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

 

Tepat jam 12.00 tengahari Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru diadakan secara ringkas dan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar menyediakan fasiliti dan bengkel yang serba lengkap untuk pelajar selain pelajar menerima elaun, makan minum 5x sehari dan penginapan secara percuma.
 
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 03 Jan 2018 10:19:12 +0800
Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-mencipta-video-pendek-2017-kategori-ilkbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-mencipta-video-pendek-2017-kategori-ilkbs.html Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS

Disediakan oleh : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS

Putrajaya, 19 December 2017 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS anjuran unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. IKBN Bandar Penawar mendapat tempat ke-3 bagi kategori pelajar dan pegawai.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kepada para pemenang pertandingan mencipta video pendek 2017. Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah dan Dr. Ir. Azmi bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah meluangkan masa bersama para pemenang untuk sesi bergambar. Tahniah kepada para pemenang dan IKBN Bandar Penawar.

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Dec 2017 17:50:03 +0800
Taklimat Latihan Industri http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri.html Taklimat Latihan Industri

Disediakan oleh : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Taklimat Latihan Industri

Bandar Penawar, 5 Disember 2017 - Seramai 17 orang pelajar IKBN Bandar Penawar telah menyertai Taklimat Latihan Industri yang disampaikan oleh Pegawai Hubungan Industri IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam.

 

Pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Perhotelan sepenuh masa ini akan mula menjalani latihan industri bagi sesi Januari 2018 di beberapa tempat yang terpilih seluruh malaysia. Diharapkan taklimat ini dapat memberi sedikit pendedahan berkenaan Latihan Industri yang akan mereka lalui dan dunia pekerjaan mereka nanti. Semoga mereka mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan semasa menjalani latihan industri. Semoga berjaya.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Dec 2017 17:35:23 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawanan-ilkbs-touch-point-dibawah-cabinet-away-day-2017-cad-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawanan-ilkbs-touch-point-dibawah-cabinet-away-day-2017-cad-2017.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)

Disediakan oleh : Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)


Johor Bahru, 25 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) - Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 25 November 2017 di Hentian Bas Permas, Permas Jaya, Johor.


Program di Permas Jaya dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dihadiri oleh ADUN Permas iaitu YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, merangkap Menteri Besar Johor. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Hajah Wasitah Bt. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan serta Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar.


Sebanyak tujuh (7) program kesukarelawanan telah dilaksanakan oleh IKBN Bandar Penawar. Fasa I melibatkan lima (5) program, manakala Fasa II melibatkan dua (2) program. Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 25 Nov 2017 17:13:15 +0800