IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 14 March 2019 16:29

LAWATAN KERJA KUMPULAN PRASANA RAKYAT JOHOR (KPRJ) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN KERJA KUMPULAN PRASANA RAKYAT JOHOR (KPRJ) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 13 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak KPRJ ke institut bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di Johor seiring dengan keperluan Industri Minyak & Gas di Pengerang, Johor.

 

Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak KPRJ diwakili oleh Encik Ishak ingin menjalankan kursus berkaitan Minyak & Gas di IKBN Bandar Penawar bagi keperluan pekerjaan di Rapid Pengerang. Pihak KPRJ berhasrat untuk membantu penduduk Johor amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak KPRJ kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 79 times Last modified on Ahad, 17 March 2019 10:43
 
Find us on Facebook
Follow Us