IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 21 March 2019 16:15

Lawatan Kerja Petrominwork Sdn. Bhd. ke IKBN Bandar Penawar

Written by
Rate this item
(0 votes)

Lawatan Kerja Petrominwork Sdn Bhd ke IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 19 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak Petrominwork Sdn. Bhd. ke institut bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di Johor seiring dengan keperluan Industri Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas di Pengerang, Johor.


Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak Petrominwork Sdn. Bhd. diwakili oleh Puan Rahimah berminat untuk menjalankan kursus berkaitan Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas di IKBN Bandar Penawar bagi keperluan pekerjaan di Desaru Coast dan Rapid Pengerang. Pihak Petrominwork berhasrat untuk membantu penduduk Johor amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pekerjaan di Desaru Coast dan Pengerang. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Petrominwork Sdn. Bhd. kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 383 times Last modified on Khamis, 21 March 2019 16:19
 
Find us on Facebook
Follow Us