Lawatan Kerja Setiausaha Agung Persatuan Alumni ILKBS ke IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 24 Sep 2020 06:56:03 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Baik pulih pintu keselamatan di ICC Permas Jaya http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4396-baik-pulih-pintu-keselamatan-di-icc-permas-jaya.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4396-baik-pulih-pintu-keselamatan-di-icc-permas-jaya.html Baik pulih pintu keselamatan di ICC Permas Jaya

Baik pulih pintu keselamatan di ICC Permas Jaya

Bandar Permas Jaya, 2 September 2020 - Team Kimpalan IKBN Bandar Penawar telah melakukan kerja-kerja membaiki pengunci grill. Ketua Jabatan Minyak dan Gas Encik Sopian Bin Ibrahim telah memaklumkan kepada team Kimpalan supaya membaiki pintu tersebut dengan segera, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di tempat tersebut.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 03 Sep 2020 11:59:29 +0800
Temuduga Program BOOTCAMP Geran Padanan 2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4395-temuduga-program-bootcamp-geran-padanan-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4395-temuduga-program-bootcamp-geran-padanan-2020.html Temuduga Program BOOTCAMP Geran Padanan 2020

Temuduga Program BOOTCAMP Geran Padanan 2020

Bandar Penawar, 2 September 2020  - Temuduga Program Bootcamp Geran Padanan 2020 berlangsung di IKBN Bandar Penawar. Seramai 45 orang calon hadir temuduga bagi program Intermediate HSE dan Intermediate scaffolding. Panel temuduga terdiri daripada wakil syarikat dan pegawai IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 03 Sep 2020 11:49:35 +0800
Kemasukan Pelajar Lama Ke IKBN Bandar Penawar Bagi Menyambung Semula Sesi Pengajian http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4394-kemasukan-pelajar-lama-ke-ikbn-bandar-penawar-bagi-menyambung-semula-sesi-pengajian.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4394-kemasukan-pelajar-lama-ke-ikbn-bandar-penawar-bagi-menyambung-semula-sesi-pengajian.html Kemasukan Pelajar Lama Ke IKBN Bandar Penawar Bagi Menyambung Semula Sesi Pengajian

Kemasukan Pelajar Lama Ke IKBN Bandar Penawar Bagi Menyambung Semula Sesi Pengajian

Bandar Penawar, 1 September 2020 - Seramai 68 orang pelajar lama telah mendaftar masuk ke IKBN Bandar Penawar pada hari ini. Aspek-aspek keselamatan seperti saringan suhu badan, sanitasi barangan pelajar dan pemakaian pelitup muka dilaksanakan untuk memastikan pelajar dalam keadaan sihat untuk memulakan pengajian. Terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bertugas dan memastikan keadaan berjalan dengan lancar. Pelajar akan diberikan taklimat keselamatan selepas mendaftar masuk. Seramai 141 orang pelajar lama lain akan mendaftar masuk pada 28 September 2020 nanti.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 02 Sep 2020 11:44:21 +0800
Perbincangan Program Re-Skilling dan Up-Skilling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4393-perbincangan-program-re-skilling-dan-up-skilling-bersama-pengerusi-jawatankuasa-pelancongan-belia-dan-sukan-negeri-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4393-perbincangan-program-re-skilling-dan-up-skilling-bersama-pengerusi-jawatankuasa-pelancongan-belia-dan-sukan-negeri-johor.html Perbincangan Program Re-Skilling dan Up-Skilling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor

Perbincangan Program Re-Skilling dan Up-Skilling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor

Nusajaya, 1 September 2020 - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telah menjemput Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail diiringi oleh beberapa pegawai untuk membincangkan gerak kerja bagi mempromosi kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan agar masyarakat Johor amnya mendapat peluang menjalani latihan kemahiran dan khasnya menjalankan kursus-kursus Re-Skilling dan Up-Skilling bagi membantu rakyat Johor yang diberhentikan atau kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19. IKBN Bandar Penawar bersedia untuk memberi sokongan penuh kepada YB Datuk Onn Hafiz dengan membuka peluang kepada masyarakat dan belia Johor yang ingin menjalani latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri-industri dalam bidang Minyak dan Gas, Perhotelan dan Hospitaliti ketika ini. Turut hadir bersama Puan Nor Hazlina, Timbalan Pengarah IKTBN Pagoh bagi memberi cadangan kursus-kursus yang boleh dijalankan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 02 Sep 2020 11:39:11 +0800
Majlis penutup Program Skills Training At Risk Youth atau Star@u http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4392-majlis-penutup-program-skills-training-at-risk-youth-atau-star-u.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4392-majlis-penutup-program-skills-training-at-risk-youth-atau-star-u.html Majlis penutup Program Skills Training At Risk Youth atau Star@u

Majlis penutup Program Skills Training At Risk Youth atau Star@u

Bandar Penawar, 19 Ogos 2020 - Majlis penutup Program Skills Training At Risk Youth atau Star@u pada 19 Ogos 2020 (Khamis) di Coral Ballroom, IKBN Bandar Penawar. Majlis dihadiri oleh semua peserta kursus Safety  Safety Induction & Oil and Gas Safety Passport (OGSP) dan Forklift Competency. Majlis juga dihadiri oleh wakil syarikat TLH Hardware & Machinery (JB) Sdn. Bhd. iaitu Encik Vieos Jainggin, (Scaffolding Manager) dan Encik Brando Kamiang (Safety Coordinator). Seramai 28 peserta telah dianugerah sijil penyertaan dan kad kompetensi. Terima kasih kepada semua pegawai IKBN Bandar Penawar yang terlibat sama menjayakan program ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada kepada semua peserta Star@u bahagian HSE tahun 2020. Semoga kompetensi yang diperolehi dapat menaiktaraf hidup dan kerjaya masing-masing.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 20 Aug 2020 11:33:51 +0800
Malam Jalinan Mesra Program Konvoi Semarak Merdeka Kota Tinggi Prihatin 2020 @IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4391-malam-jalinan-mesra-program-konvoi-semarak-merdeka-kota-tinggi-prihatin-2020-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4391-malam-jalinan-mesra-program-konvoi-semarak-merdeka-kota-tinggi-prihatin-2020-ikbn-bandar-penawar.html Malam Jalinan Mesra Program Konvoi Semarak Merdeka Kota Tinggi Prihatin 2020 @IKBN Bandar Penawar

Malam Jalinan Mesra Program Konvoi Semarak Merdeka Kota Tinggi Prihatin 2020 @IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 22-23 Ogos 2020 - Program kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan NGO ini melibatkan 100 buah motosikal pelbagai jenis menyertai konvoi bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan. Majlis penutup diadakan di IKBN Bandar Penawar dan dirasmikan oleh Adun Penawar, YB Dato’ Sharifah Azizah Binti Dato’ Syed Zain dan diiringi Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang terlibat dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, Encik Mohd Fauzan Bin Mohd Sebalas. Program dimeriahkan lagi dengan Bicara Anak Muda Merdeka disampaikan oleh Tuan Haji Erfino Johari dan pertandingan nyanyian lagi Patriotik oleh peserta konvoi. Program berjalan dengan lancar dan meriah.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 24 Aug 2020 11:28:03 +0800
Kursus Mechanical Fitter Static Equipment di ADTEC Batu Pahat http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4390-kursus-mechanical-fitter-static-equipment-di-adtec-batu-pahat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4390-kursus-mechanical-fitter-static-equipment-di-adtec-batu-pahat.html Kursus Mechanical Fitter Static Equipment di ADTEC Batu Pahat

Kursus Mechanical Fitter Static Equipment di ADTEC Batu Pahat

Batu Pahat, 20 Ogos 2020- Kursus Mechanical Fitter Static Equipment dilaksanakan di ADTEC Batu Pahat pada 9-19 Ogos 2020. Kursus dihadiri oleh 5 orang pengajar dari Bahagian Health, Safety and Environment (HSE) iaitu Encik Fikri Sham, Encik Mohd Nasrul, Encik Rohaizal, Encik Akmal dan Encik Suhelmi. Pengajar-pengajar dihantar menghadiri kursus tersebut sebagai salah satu persediaan IKBN Bandar Penawar melaksanakan kursus Mechanical Fitter. Intipati kursus adalah termasuk pipe fitting, valve, heat exchanger, PSV, storage tank dan pressure vessel maintenance. Tahniah kepada semua pengajar Bahagian HSE yang menamatkan kursus dengan jayanya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 23 Aug 2020 11:21:43 +0800
Bengkel Pemantapan Dan Penyelarasan Data Pelajar Siri 2/2020 Anjuran Cawangan Hal Ehwal Pelajar, BPKB,KBS di IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4389-bengkel-pemantapan-dan-penyelarasan-data-pelajar-siri-2-2020-anjuran-cawangan-hal-ehwal-pelajar-bpkb-kbs-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4389-bengkel-pemantapan-dan-penyelarasan-data-pelajar-siri-2-2020-anjuran-cawangan-hal-ehwal-pelajar-bpkb-kbs-di-ikbn-bandar-penawar.html Bengkel Pemantapan Dan Penyelarasan Data Pelajar Siri 2/2020 Anjuran Cawangan Hal Ehwal Pelajar, BPKB,KBS di IKBN Bandar Penawar

Bengkel Pemantapan Dan Penyelarasan Data Pelajar Siri 2/2020 Anjuran Cawangan Hal Ehwal Pelajar, BPKB,KBS di IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 16-19 Ogos 2020 - Bengkel Pemantapan Dan Penyelarasan Data Pelajar Siri 2 Tahun 2020 telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Kementeria Belia dan Sukan. Bengkel tersebut di hadiri oleh 22 orang pegawai daripada 19 buah ILKBS seluruh Malaysia. Bengkel ini diadakan bagi mengemaskini data pelajar setiap ILKBS mengikut format yang telah disediakan. Turut hadir wakil BPKB KBS iaitu Cik Nor Azah Binti Ahmad Dahalan untuk meninjau perjalanan bengkel selain berjumpa semua pegawai bengkel yang terlibat serta pegawai-pegawai HEP IKBN Bandar Penawar bagi mendengar cadangan yang boleh diusulkan diperingkat Kementerian.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 23 Aug 2020 11:18:40 +0800
Kursus forklift Competency http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4388-kursus-forklift-competency.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4388-kursus-forklift-competency.html Kursus forklift Competency

Kursus forklift Competency

IKBN Bandar Penawar, 19 Ogos 2020 - Kursus forklift Competency sedang berlangsung pada 18 dan 19 Ogos 2020 di Bahagian Health, Safety & Environment (HSE), Jabatan Minyak dan Gas, IKBN Bandar Penawar. Kursus ini adalah salah satu daripada pelaksanaan Program Skills Training At Risk Youth atau Star@u. Seramai 15 peserta terpilih telah mengahdiri kursus ini. Di akhir kursus, peserta dianugerahkan sijil penyertaan dan forklift Competency dari IKBN Bandar Penawar. forklift Competency yang diperolehi oleh peserta adalah memenuhi syarat untuk melaksanakan tugas di industri termasuk di RAPID, Pengerang.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 20 Aug 2020 11:13:29 +0800
Lawatan Kerja YB Zaiton Binti Haji Ismail Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4387-lawatan-kerja-yb-zaiton-binti-haji-ismail-pengerusi-jawatankuasa-pembangunan-wanita-keluarga-masyarakat-negeri-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/4387-lawatan-kerja-yb-zaiton-binti-haji-ismail-pengerusi-jawatankuasa-pembangunan-wanita-keluarga-masyarakat-negeri-johor.html Lawatan Kerja YB Zaiton Binti Haji Ismail Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor

Lawatan Kerja YB Zaiton Binti Haji Ismail Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor

Bandar Penawar, 18 Ogos 2020 - YB Zaiton Binti Haji Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor telah dijemput untuk berkunjung ke IKBN Bandar Penawar untuk melihat fasiliti latihan kemahiran dan melihat penawaran kursus yang disediakan iaitu bidang Perhotelan dan Hospitaliti. Selain itu, IKBN Bandar Penawar juga turut menawarkan kursus-kursus dalam bidang Minyak & Gas. Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail bersama-sama pegawai kanan menyambut kehadiran YB Zaiton Binti Ismail. Semoga dengan adanya lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama bagi pelaksanaan program bersama IKBN Bandar Penawar.

 


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 19 Aug 2020 11:08:14 +0800