Lawatan Kerja Setiausaha Agung Persatuan Alumni ILKBS ke IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my Wed, 23 Sep 2020 05:28:58 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my CONFECTIONERY MAKING TRAINING http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/293-confectionery-making-training.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/293-confectionery-making-training.html CONFECTIONERY MAKING TRAINING

Disediakan oleh : Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen
Foto : Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen
CONFECTIONERY MAKING TRAINING


Bandar Penawar, 22 - 26 Mei 2016 –Kursus berkenaan ‘Confectionery Making’ telah dianjurkan oleh IKBN Bandar Penawar, Kementerian Belia dan Sukan. Seramai 15 orang peserta dari IKBN Bandar Penawar, IKBN Miri, IKBN Alor Gajah, IKBN Kemasik dan IKBN Peretak telah meyertai kursus ini.


Kursus diadakan di Bengkel Penyediaan Pastri, IKBN Bandar Penawar. Encik Mohd Fairuz bin A. Ghaffar telah dijemput sebagai pengajar bagi kursus ini. Peserta telah diajar cara-cara membuat Almond Sponge Cake, Carrot Cake, Chocolate Fudge, Vanilla & Chocolate Genoise, Lemon Choux Paste, Manggo Brulee, Dark Chocolate Chantily, Rasberry & Strawberry Celee, Lemon Mouse, Petite Gateux dan banyak lagi.


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Zahrin Bin Romli. Pada masa akan datang diharap kursus-kursus seperti ini diadakan sekerap yang mungkin supaya dapat meningkatkan skill para pengajar dan dapat mendedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan baru.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 23 May 2016 01:42:00 +0800
PROGRAM EXPLORE THE NATURE 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/292-program-explore-the-nature-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/292-program-explore-the-nature-2016.html PROGRAM EXPLORE THE NATURE 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
PROGRAM EXPLORE THE NATURE 2016


Bandar Penawar, 21 Mei 2016 – Satu Program Explore The Nature 2016 anjuran Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2016 dengan dibantu oleh Pasukan Penunjuk Arah Gunung Tahak 2016 telah diadakan untuk memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap cinta alam semulajadi dikalangan peserta. Program ini telah diadakan di kawasan Hutan Gunung Tahak, Petri Jaya, Kota Tinggi dan disertai oleh seramai 54 orang peserta dari IKBN Bandar Penawar.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor yang meliputi aktiviti jungle trekking yang lasak dalam satu kumpulan yang besar dimana setiap peserta diajar cara-cara untuk merentasi halangan-halangan yang sukar di sepanjang laluan ke kawasan puncak hutan gunung tersebut. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi untuk sampai ke kawasan puncak yang ditetapkan dengan bantuan para pengiring dari Pasukan Penunjuk Arah Gunung Tahak, Petri Jaya , Kota Tinggi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 22 May 2016 01:39:00 +0800
PROGRAM FIT TO WORK AWS 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/291-program-fit-to-work-aws-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/291-program-fit-to-work-aws-2016.html PROGRAM FIT TO WORK AWS 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
PROGRAM FIT TO WORK AWS 2016


Bandar Penawar, 19 - 20 Mei 2016 – Satu Program Fit to Work AWS 2016 telah diadakan untuk melahirkan peserta yang mempunyai ketahanan diri dan daya saing yang tinggi serta cergas untuk bekerja secara individu mahupun berkumpulan. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar Jurusan Kimpalan Ambilan 1/2016.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor yang meliputi aktiviti pembahagian kumpulan, permainan Latihan Dalam Kumpulan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang melibatkan semua pelajar IKBN Bandar Penawar seramai 200 orang. Ujian ini telah dikendalikan oleh pegawai penguji dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.  Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti indoor seperti sesi “knowledge sharing” oleh Encik Zahrin bin Romli Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Shaidon bin Borham Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Bandar Penawar, Encik Lim Chow Kiat Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Encik Mohammad Jailani bin A. Jamil Ketua Jabatan Minyak & Gas IKBN Bandar Penawar.


Program ini telah berlansung di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU) Desaru. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh pelajar senior IKBN Bandar Penawar. Majlis penutup dan penyampaian sijil dan hadiah peserta telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 20 May 2016 01:35:00 +0800
PROGRAM EKPLORASI MEMBADAI MENTARI 2 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/290-program-ekplorasi-membadai-mentari-2.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/290-program-ekplorasi-membadai-mentari-2.html PROGRAM EKPLORASI MEMBADAI MENTARI 2

Disediakan oleh : Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar
PROGRAM EKPLORASI MEMBADAI MENTARI 2


Bandar Penawar, 12 – 15 Mei 2016 – Seramai 20 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Program Eksplorasi Membadai Mentari 2 yang merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Kelab Kembara dan Cinta Alam Kota Tinggi dan Sport Recreation Community Club Kota Tinggi.


Program yang disertai seramai 36 orang daripada pelbagai institutsi pendidikan dan persatuan belia ini ialah lanjutan daripada program terdahulu yang mana laluan kayak kali ini bermula dari Teluk Sengat dan berakhir di Kampung Pasir Gogok. Program bermula pada 12 hingga 15 Mei 2016. Para peserta sempat bermalam di Tanjung Surat pada hari ketiga program.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar IKBN Bandar Penawar yang telah berjaya menamatkan ekspedisi ini dan semoga ilmu dan pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam program seumpamanya dimasa akan datang. Turut diucapkan setinggi terima kasih kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 13 May 2016 01:27:00 +0800
PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/289-program-penawar-got-talent-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/289-program-penawar-got-talent-2016.html PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad & Nurul Anis binti Muahd Nor
PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016


Bandar Penawar, 8 Mei 2016 – Satu Program Pertandingan PENAWAR GOT TALENT 2016 telah diadakan pada 8 Mei baru-baru ini bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 6 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil dari setiap jurusan. Tujuan utama program ini ialah untuk mencari bakat suara “rock” yang sesuai untuk mewakili IKBN Bandar Penawar ke pertandingan ILKBS Idol 2016 yang akan diadakan pada 30 dan 31 Mei ini.


Para peserta dikehendaki membawakan dua lagu yang berkonsepkan “rock” dan setelah tamat pertandingan, Nur Dahliana binti Khalid telah berjaya menjadi johan sekaligus akan menjadi wakil IKBN Bandar Penawar ke pertandingan ILKBS 2016. Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 1/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 May 2016 01:20:00 +0800
MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR KIMPALAN SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/288-minggu-peperiksaan-akhir-pelajar-kimpalan-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/288-minggu-peperiksaan-akhir-pelajar-kimpalan-sesi-1-2016.html MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR KIMPALAN SESI 1/2016

Disediakan oleh : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali
Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali
MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR KIMPALAN SESI 1/2016


Bandar Penawar, 22 Mei 2016 – Seramai 31 orang pelajar Kimpalan Sesi 1/2016 IKBN Bandar Penawar akan menamatkan latihan mereka setelah 3 bulan menimba ilmu di sini. Hari ini bermula minggu peperiksaan akhir bagi pelajar ini.

 

Welder Qualification Test American Welding Society oleh pihak SIRIM yang diwakili oleh Tuan Haji Sutiman memantau seramai 31 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan WQT 6G yang bermula 22 hingga 26 Mei 2016.

 

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar, semoga dengan ilmu yang diperlolehi di sini akan membawa mereka lebih jauh dalam kerjaya mereka di masa akan datang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 23 May 2016 01:18:00 +0800
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/287-pertandingan-kemahiran-sempena-kembara-kerjaya-johor-3-0.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/287-pertandingan-kemahiran-sempena-kembara-kerjaya-johor-3-0.html PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Puan Wan Mashita Binti Wan Hanapi
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0


Bandar Penawar, 21 Mei 2016 – Jabatan Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran sempena Kembara Kerjaya Johor 3.0 di perkarangan Perpustakaan IKBN Bandar Penawar. Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar pusat bertauliah.

 

Program Kembara Kerjaya Johor 3.0 telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Bin Haji Mohammad. Antara pertandingan Kemahiran yang telah dijalankan ialah Pertandingan Hiasan Kek bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Manakala Pertandingan Ukiran Buah bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

 

Muhammad Haikal Bin Jeffry dari Jurusan Penyediaan Makanan telah memenagi tempat pertama dalam acara Ukiran Buah, manakala Mohamad Solehan Bin Mohd Zam telah memenangi tempat ketiga. Muhammad Ilman Bin Zulkarnain dari Jurusan Pastri mendapat tempat ketiga dalam acara hiasan kek.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 22 May 2016 01:15:00 +0800
PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/286-promosi-parlimen-belia-malaysia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/286-promosi-parlimen-belia-malaysia.html PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Promosi Parlimen Belia Malaysia telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) pada hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh Mohd Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri dari Pusat Kegiatan Guru Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

 

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna IKBNBP mensasarkan pelajar IKBN dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang peranan Parlimen Belia Malaysia, konsep pemilihan dan kelebihan menjadi Ahli Perlimen Belia Malaysia (APBM), had kelayakan umur untuk menjadi APBM dan had umur pengundi, serta kelebihan pelajar menyertai Parlimen Belia Malaysia.

 

Disamping itu, pelajar juga didedahkan dengan cara mendaftar secara atas talian dan mengemaskini maklumat pemilih melalui portal Parlimen Belia Malaysia. Pelajar juga diberikan borang pendaftaran manual ePBM, bertujuan untuk proses pendaftaran sebagai pengundi Parlimen Belia Malaysia.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP. Turut hadir bersama ialah Shripah Aishah Bt. Wan Ibrahim, Ketua Pengurusan Pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 18 May 2016 01:07:00 +0800
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/285-program-institut-pendidikan-bebas-dadah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/285-program-institut-pendidikan-bebas-dadah.html PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH


BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah AADK Daerah Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di Institut tentang kesan bahayanya penyalahgunaan dadah.

 

Program ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan  ceramah bertajuk Kesan Penggunaan Dadah, Peranan Masyarakat dan Pencegahan Dadah yang disampaikan oleh Hazurah Binti Husin, Pegawai AADK Daerah Kota Tinggi. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas penagih dadah.

 

Program ini kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dinamika Kumpulan di mana pelajar telah dibahagikan kepada duabelas (12) kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu tajuk yang berkaitan dengan dadah untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Semua kumpulan telah diberi hadiah hamper yang disediakan oleh AADK Daerah Kota Tinggi.

 

Aktiviti lain termasuk sesi soal jawab dan kuiz antidadah. Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 18 May 2016 00:47:00 +0800
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/256-program-kesedaran-kesihatan-mengenai-hiv-aids-penyakit-kelamin.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-setiausaha-agung-persatuan-alumni-ilkbs-ke-ikbn-bandar-penawar/item/256-program-kesedaran-kesihatan-mengenai-hiv-aids-penyakit-kelamin.html PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN


BANDAR PENAWAR, 9 MEI 2016 – Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Kesedaran Kesihatan Mengenai HIV / AIDS & Penyakit Kelamin iaitu Sexual Transmitted Diseases (STD). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan di IKBNBP.

 

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan edaran soalan Pre-test dan disusuli dengan ceramah bertajuk Pengenalan HIV/AIDS dan STD yang disampaikan oleh Dr.Mohd Ihsan Bin Mahmood, Pegawai Perubatan Kesihatan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi. Ceramah seterusnya telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail, Head Community Engagement & CSI PRPC dari Petronas.

 

Program ini kemudian diteruskan dengan aktiviti Focus Group Discussion di mana peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diuruskan oleh 32 pegawai perubatan dan kakitangan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi di pelbagai lokasi di sekitar institut.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBNBP, Zahrin Bin Romli. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat. Dalam ucapannya, Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Petronas serta berharap program berinformasi dan berfaedah ini dapat diteruskan lagi pada masa depan dengan perluasan tajuk berkaitan menangani stress di tempat kerja dan amalan kebersihan dan kesihatan yang perlu dijaga semasa bertugas di bengkel.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 May 2016 21:17:00 +0800