IKBN



KUALA LANGAT

 
IKBN Kuala Langat | Berita

IKBN Kuala Langat | Berita (126)

IKBN KUALA LANGAT, 18 Jun 2021 - Kerajaan Malaysia merancang / telah menubuhkan 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia untuk memastikan liputan seluruh Negara. Sehubungan dengan itu, Pusat Pemberian Vaksin daerah Kuala Langat yang bertempat di Kompleks Sukan Majlis Perbadanan Kuala Langat merupakan salah satu daripadanya.

IKBN KUALA LANGAT, 11 Mei 2021 - Eksklusif Perutusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 Oleh Pengarah IKBN Kuala Langat, Tuan Haji Mgt Husain Bin Mgt Jaaffar. Semoga menjadi pedoman buat semua dan selamat menonton.

IKBN KUALA LANGAT, 13 April 2021 - Jom sama-sama kita dengarkan perutusan Pengarah IKBN Kuala Langat Tuan Haji Mgt Husain bin Mgt Jaaffar. Semoga dapat menjadi nasihat dan ikutan kepada semua kakitangan dan para pelajar  IKBN Kuala langat.

IKBN KUALA LANGAT, 22 April 2021 - Program membaca telah dijalankan di IKBNKL dengan melibatkan semua kakitangan dan pelajar. Dengan bertemakan “Baca Itu Terapi”, program ini diadakan bagi menggalakkan seluruh warga IKBNKL membudayakan amalan membaca ke arah Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).

IKBN KUALA LANGAT, 7 April 2021 - Unit Latihan Khas Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti IKBN Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Taklimat Program Modal Insan yang berlangsung pada 6 April 2021 bertempat di Dewan Ibnu Sina, IKBN Kuala Langat.

IKBN KUALA LANGAT, 2 April 2021 - Unit Latihan Khas Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti bekerjasama dengan JK Audit Dalaman JKKP IKBN Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Kursus Audit Dalaman JKKP IKBN Kuala Langat yang berlangsung pada 29 Mac 2021 hingga 1 April 2021 bertempat di Bilik Seminar CIAST, IKBN Kuala Langat.

Khamis, 15 April 2021 13:53

"BUDAK FOTO" DAN KAMERA

Written by

IKBN KUALA LANGAT, 15 April 2021 - SERAMAI 22 orang pelajar jurusan fotografi Jabatan Teknologi Multimedia akan menamatkan pengajian mereka di Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat sekitar bulan September tahun ini.

Isnin, 29 March 2021 11:53

KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT

Written by

IKBN KUALA LANGAT, 12 Mac 2021 - Program ini dilaksanakan pada 8 Mac sehingga 12 Mac 2021 dengan dihadiri oleh 20 orang peserta. Intipati kursus ini adalah melibatkan pembelajaran secara praktikal sepenuhnya dan diajari oleh guru yang mahir berbahasa isyarat dan merupakan OKU pekak dan bisu.

 

IKBN KUALA LANGAT, 22 Ogos 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat telah mengadakan Sembang Santai bersama Team Fotografi yang bertajuk Phone Photography (Komposisi dalam Fotografi) pada 21 Ogos 2020 lalu. Live terbabit telah bermula tepat jam 10.00 pagi pada hari Jumaat yang mulia itu.

IKBN KUALA LANGAT, 8 Julai 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dengan kerjasama pihak industri Akademi Fotografi Multimedia dan White Studio telah melaksanakan Kursus Program Pembangunan Kemahiran Tenaga Pengajar bidang Fotografi yang bertajuk "Advanced Advertising Photography".