IKBN



KUALA LANGAT

 

IKBN KUALA LANGAT, 27 SEPTEMBER 2019 – Cawangan Hubungan Industri Dan Latihan Khas telah berjaya mengadakan sesi taklimat kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri bermula pada 1 november 2019 hingga 30 januari 2020.

IKBN KUALA LANGAT, 20 SEPTEMBER 2019Cawangan Hubungan Industri IKBN Kuala Langat telah dapat menjalinkan kerjasama dengan syarikat AMNA Foot Reflexology berpengkalan di KLIA 2 bagi bidang terapi sukan.

IKBN KUALA LANGAT, 19 SEPTEMBER 2019 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan bengkel data kebolehpasaran bagi pelajar yang tamat sesi latihan bagi tahun 2018 bertempat di Makmal Komputer IKBN Kuala Langat selama 2 hari.

REJIMEN TUDM BANTING SELANGOR ,22 OGOS - Pelajar IKBN Kuala Langat telah membuat Multi Camera Production (MCP) di Rejimen TUDM ,Banting Selangor pada 19hb Ogos sehingga 22hb Ogos.Pihak TUDM telah meminta pelajar IKBN untuk membuat siaran langsung pada hari pertandingan tersebut.   

3 Jun 2019 - Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera . Kami seluruh warga kerja IKBN Kuala Langat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai.

Tarikh Aktiviti : 5 Mac 2019

Tempat Aktiviti : Bilik Seminar CIAST, IKBN Kuala Langat

Jemputan : Tuan Haji Mohd Salleh Bin Dato Hj Mohd Said - Pengasas Selaku Guru Utama Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia

Tarikh Aktiviti : 28 Februari 2019

Tempat Aktiviti : IKBN Kuala Langat

Dirasmikan Oleh : Tuan Pengarah IKBN Kula Langat

Khamis, 05 July 2018 08:30

BENGKEL PEMBUATAN ALAT MUZIK CEMPULENG

Kuala Langat, 3 Julai 2018 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan Bengkel Pembuatan Alat Muzik Cempuleng anjuran Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) kerjasama bersama IKBN Kuala Langat telah disempurnakan oleh wakil Exco Badan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Selangor bersama Pengarah IKBN buat julung kalinya di Negeri Selangor.

Kuala Langat, 25 Jun 2018 - Taklimat Selamat Datang kepada Pelajar Baru dan Ibu Bapa/Penjaga sesi 2/2018 hari ini oleh Pengarah IKBN Kuala Langat.

Kuala Langat, 6 Jun 2018 - Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Petugas Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Paradigma Sesi Kemasukan Julai 2018 pada 25 Jun 2018.

Halaman 5 dari 10