IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Sabtu, 30 January 2016 23:47

Program Finishing School

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Nurlia binti Mohd Rusli

Foto oleh : Puan Nurlia binti Mohd Rusli

Program Finishing School

Bandar Penawar, 30 Januari 2016 - Satu program Finishing School telah dianjurkan oleh Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar yang telah diadakan di Coral Ballroom, Jabatan Hospitaliti. Program bermula dengan taklimat berkenaan Branding and Knowing Yourself, kemudian diteruskan dengan taklimat yang kedua iaitu Resume and Job Interview. Program diteruskan dengan aktiviti Self evaluation for branding and knowing yourself dan Aktiviti Create Own Resume.


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta bagi menghadapi dunia pekerjaan dan membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan. Aktiviti diadakan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri peserta serta memberi latih tubi kepada peserta secara intensif mengenai kemahiran menghadapi temuduga pekerjaan.


Antara peserta yang terlibat ialah Pelajar Tahap 2 Penyediaan Makanan, Penyajian dan Penyediaan dan Pastri. Manakala penceramah ialah Megat Hafizi Bin Megat Jamil dan Trainer terdiri daripada Tenaga Pengajar di Jabatan Hospitaliti. Program ini telah memberi pengetahuan kepada peserta mengenai penyediaan resume dan juga persediaan untuk menghadiri temuduga.

Read 3194 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:12