IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 29 June 2021 14:04

Pelajar & Kakitangan IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Kursus Pengurusan Organisasi “KRM YANG CEKAP”

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pelajar & Kakitangan IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Kursus Pengurusan Organisasi “KRM YANG CEKAP”

Pontian, 20 JUN 2021 -  Pihak IKBN Bandar Penawar telah menghantar seramai 5 orang pelajar dan seorang kakitangan IKBN Bandar Penawar untuk mewakili Daerah Kota Tinggi bagi mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Tanjung Piai pada 20 Jun 2021 yang lalu.


Penyertaan kali ini telah diketuai oleh Encik Ammari Bin Muhammad Rapi dari Pegawai Bahgian Hal Ehwal Pelajar, Abdul Wafi Bin Ezaney pelajar Penyediaan Makanan Semesta 3, Siti Aisyah Binti Rosli pelajar Penyediaan Pastri Semesta 3, Nurul Aqilah Binti Zaidi pelajar Penyediaan Pastri Semesta 2, Siti Hajar BInti Abd Razak pelajar Penyediaan Pastri Semesta 2 dan Muhammad Riffhan Bin Saugi pelajar Kimpalan Semesta 1.


Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pemimpin dan memantapkan lagi organisasi-organisasi melalui cara pengurusan yang cekap, persekitaran organisasi yang kondusif dan sebagainya. Diharap dengan penyertaan didalam kursus ini mampu mencetuskan ciri-ciri pemimpin yang baik didalam diri belia diluar sana khususnya bagi pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar dan seterusnya mampu menaikkan lagi nama IKBN Bandar Penawar pada masa hadapan.

Disediakan oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen
Foto oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen

Read 6418 times Last modified on Selasa, 29 June 2021 14:09