Bagi Sesi 1 yang bertajuk Kraf Dalam Senibina dan Persekitaran yang disampaikan oleh panel Dr. Aida Kesuma Binti Azmin. Beliau merupakan salah seorang pesyarah dari Kuliyyah of Architecture and Envorimental Design ( KAED). Bagi Sesi 2 pula bertajuk Amalan Hijau Dalam Aktiviti Pengeluaran Produk Kraf Kayu yang disampaikan oleh panel Harith Ridzuan daripada Syarikat One Tech ( M) Sdn.Bhd.
Seramai 5 orang pegawai dan 35 pelajar Bahagian Teknologi Hiasan Dalaman , Jabatan Teknologi Awam, IKBN Kuala Langat telah turut serta dalam program bicara kraf tersebut. Bicara kraf tersebut telah membuka minda pelajar-pelajar betapa pentingnya mengamalkan amalan hijau dalam aktiviti pengeluaran produk kraf kayu.Selain itu, hasil perkongsian bicara kraf tersebut telah memberi idea kepada pelajar-pelajar berkaitan hiasan yang berunsurkan kayu yang sangat memberi nilai estetika dalam elemen hiasan dalaman.
Disediakan Oleh : Nur Hidayah Binti Mohd Sukhaimi (Jabatan Teknologi Awam)